From Wikipedia, the free encyclopedia
Kenderi (Jawi: کندري), keneri (Jawi: کنري) atau hun (Jawi: هون, Bahasa Cina: 分; pinyin: fēn; Yale Kantonis: fàn;[1] bahasa Inggeris: candareen[2] atau hoon[3]) adalah ukuran timbangan berat yang wujud di Asia Timur dan Tenggara. Ia sama dengan dan1⁄10 ci serta kira-kira 378 miligram. Troy candareen adalah kira-kira 374 miligram (5.77 gr).
Unit timbangan ini dinamakan sempena buah saga kenderi (Adenanthera pavonina) yang digunakan untuk menimbang emas atas dacing kerana bentuk dan rupa setiap butir biji ini yang lebih kurang sama.[4][5]
Perkiraan yang ditetapkan untuk timbangan satu kenderi dipecahkan seperti berikut:
Hong Kong menetapkan satu kenderi bersamaan 0.3779936375 gram[1] atau 2⁄150 auns avoirdupois seperti yang ditetapkan Ordinan Berat dan Sukatan kawasan tersebut. Akta Timbangan dan Ukuran 1985 Singapura menetapkan sukatan satu kenderi atau "hun" (hoon) bersamaan 0.377994 gram.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.