rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera (MODAFL; Parsi: وزارت دفاع و پشتیبانی نیروهای مسلح ) adalah kementerian pertahanan Republik Islam Iran, ditubuhkan semula pada bulan Ogos 1989.
Bendera Kementerian Pertahanan | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 22 Ogos 1989 |
Bidang kuasa | Republik Islam Iran |
Ibu pejabat | Tehran, Iran |
Menteri bertanggungjawab |
|
Laman sesawang | http://www.mod.ir/ |
Kementerian ini bertanggungjawab bagi perancangan, logistik dan pembiayaan Angkatan Tentera Republik Islam Iran, manakala Staf Am, sebuah institusi yang berasingan dibawah pemerintahan Pemimpin Agung Iran, menguasai angkatan tentera.[1] Kementerian itu dianggap salah satu daripada tiga badan kementerian "bebas" Iran kerana sifat kerja-kerjanya di dalam dan di luar negeri.[2]
Industri ketenteraan Iran, dibawah kawalan Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera, terdiri daripada komponen-komponen utama yang berikut:[3]
Organisasi | Bidang perusahaan |
---|---|
Iran Electronics Industries (SAIRAN) | Elektronik, komunikasi, peperangan elektronik, radar, satelit, dll. |
Defense Industries Organization (SASAD) | Kereta kebal, roket, bom, senjata, kereta perisai, dll. |
Aerospace Industries Organization | Sistem peluru berpandu, dll. |
Aviation Industries Organization | Kapal terbang, UAV, helikopter, dll. |
Marine Industries Organization | Kapal, hoverkraf, kapal selam, dll. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.