Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia

kementerian kerajaan persekutuan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
Remove ads

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDN yang terkini ialah Datuk Armizan Mohd Ali. Kementerian ini dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Fakta Segera Intisari kerajaan, Dibentuk ...
Remove ads
Remove ads

Sejarah Penubuhan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.


Menteri-Menteri

Menteri yang terlibat adalah seperti berikut :

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Remove ads

Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Bidang tugas dan fungsi

KPDN mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:

  • Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
  • Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;
  • Hal ehwal perlindungan pengguna;
  • Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;
  • Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
  • Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
  • Pelesenan urusniaga jualan langsung;
  • Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;
  • Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
  • Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;
  • Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
  • Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.
Remove ads

Organisasi

KPDN mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, dan terdiri daripada 11 bahagian seperti berikut:

  1. Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
  2. Bahagian Penguatkuasa
  3. Bahagian Pembangunan Perniagaan
  4. Bahagian Pengurusan Maklumat
  5. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  6. Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
  7. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
  8. Bahagian Audit Dalam
  9. Bahagian Undang - Undang
  10. Bahagian Gerakan Kepenggunaan
  11. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Remove ads

Jabatan/Agensi

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads