From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelentong atau Umbuk atau skam ialah cubaan menipu seseorang atau sekumpulan individu selepas mula-mula mendapat kepercayaan mereka. Ia direka untuk memanipulasi individu supaya mangsa menyerahkan wang, maklumat peribadi atau barangan berharga melalui cara-cara yang tidak jujur. Antara jenis pengelentongan yang biasa ditemui ialah skim pelaburan palsu, emel pemancing data, skam pembelian dalam talian, skam perjudian dan skam cinta. Pengelentongan juga termasuk permainan meneka tempurung, silap mata, skim piramid dan sebagainya yang melibatkan mangsa mempertaruhkan wang. Dalam kes begini, ia dipanggil helah keyakinan atau permainan keyakinan.
Ia mempergunakan kepercayaan, kenaifan, belas kasihan, kesombongan, keyakinan, kecuaian dan sifat tamak mangsa. Penyelidik mendefinisikannya sebagai "sejenis perbuatan menipu yang khusus [...] yang berniat untuk melanjutkan urus niaga yang hanya menguntungkan sebelah pihak secara suka rela", kerana ia "menguntungkan tukang kelentong dengan memudaratkan mangsa mereka ('sasaran')".[1]
Dalam Confessions of a Confidence Man (Pengakuan Seorang Tukang Kelentong) oleh Edward H. Smith, beliau menyenaraikan enam peringkat helah keyakinan.[2] Peringkat-peringkat ini boleh bertindan atau dilakukan tanpa mengikut turutan:
Selain itu, sesetengah permainan perlukan langkah "pengesahan", terutamanya jika barangan yang ditawarkan sebenarnya palsu tetapi kononnya barangan yang "susah dijumpai" atau "amat bernilai". Seorang pembantu berlakon sebagai penonton yang waswas kemudian mengiyakan kata-kata penipu itu.[2]
Umbuk dan kelentong mengambil kesempatan sifat tamak, tidak jujur, perasan, penyempat, kasihan, percaya, cuai, terdesak, naif dan hawa nafsu mangsa. Kerana itu, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan satu-satunya faktor yang semua mangsa ada ialah mangsa terlampau percayakan penipu. Mangsa umbuk pelaburan biasanya mempunyai sifat tamak dan lurus bendul, dan ramai penipu menyasarkan warga emas atau orang yang mudah terkena dengan pelbagai jenis helah keyakinan atau trik konfidensi.[3] Huang dan Orbach, dua orang penyelidik, menyatakan bahawa mangsa terpedaya kerana mangsa sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral secara sukarela:[4]
Penipu mahir menimbulkan kesilapan pertimbangan—terutamanya kerana mangsa tiada maklumat yang lengkap dan mempunyai bias dalam pemikiran mereka. Dalam budaya popular dan dalam kalangan penipu profesional, kelemahan-kelemahan yang dipergunakan oleh penipu ini dipanggil sifat "tidak jujur", "tamak" dan "lurus bendul" yang di dalam mangsa. Sifat tidak jujur—bak kata pepatah "masakan si jujur dicocok orang"—merujuk kepada betapa orang sanggup melakukan perbuatan haram, seperti perjudian palsu dan penggelapan wang. Tamak, keinginan mendapat laba tanpa mengeluarkan apa-apa, menunjukkan betapa mangsa percaya bahawa mereka boleh mengaut keuntungan yang tidak realistik. Sifat lurus bendul mencerminkan betapa mangsa sememangnya lembap kerana membuat urus niaga yang berisiko dengan rela. Kadangkala, hakim-hakim juga membeo sentimen-sentimen ini.
Rakan subahat membantu dengan memanipulasi mangsa untuk menerima rancangan penipu itu. Dalam helah biasa, mangsa diyakinkan bahawa dia akan mendapat untung atau manfaat lain dengan menyiapkan sesuatu tugasan. Rakan subahat tadi mungkin akan berlakon pernah melakukan tugasan yang sama dan mendapat ganjaran.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.