Kelenjar mamari

Kelenjar eksokrin yang terdapat pada manusia dan mamalia lain From Wikipedia, the free encyclopedia

Kelenjar mamari
Remove ads

Kelenjar mamari, merupakan kelenjar eksokrin yang terdapat pada manusia dan mamalia lain yang menghasilkan susu sebagai sumber makanan kepada anak kecil. Mamalia mendapat namanya sempena perkataan Latin mamma, iaitu "payudara". Kelenjar mamari disusun dalam organ-organ seperti payudara bagi primat (contohnya, manusia dan cimpanzi), ambing bagi ruminan (contohnya, lembu, kambing dan rusa), dan payudara haiwan-haiwan lain (contohnya, anjing dan kucing). Galaktorea, iaitu pengeluaran susu sekali-sekala oleh kelenjar ini, boleh terjadi pada mana-mana mamalia, tetapi dalam kebanyakan mamalia, laktasi, iaitu pengeluaran susu yang cukup untuk penyusuan, hanya berlaku pada betina yang telah bunting dalam beberapa bulan atau tahun sebelumnya. Proses tersebut dipengaruhi oleh pengaruh hormon daripada steroid seks. Dalam beberapa spesies mamalia, laktasi dalam kalangan jantan juga boleh berlaku. Dalam manusia, laktasi lelaki hanya boleh berlaku dalam keadaan tertentu.

Fakta Segera Butiran, Pendahulu ...
Remove ads
Remove ads

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads