Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN & negara-negara Tropika yang lain. Ia juga terdapat di kawasan Caribbean dan Polynesia Nama botaninya Canarium spp. [1]
Kedondong |
---|
Pengelasan saintifik |
|
Canarium grandifolium (Ridley) Lam |
Buah kedondong dipanggil dengan nama buah Amrah di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia (Perak, Kedah, Perlis & Pulau Pinang).
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.
Ia juga dikenali sebagai ambarella (ඇඹරැල්ලා) atau June Plum di Sri Lanka. Ia sejenis pohon tropika. Di negara-negara Caribbean berbahasa Inggeris is dikenali sebagai Golden Apple dan di bahagian lain Caribbean sebagai pommecythere atau cythere. Di Polynesia ia dikenali sebagai vī.
Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.
Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.
Antara subspesies kedondong adalah :-
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.