Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebolehubahan iklim termasuk kesemua ubahan dalam iklim yang bertahan lebih lama daripada suatu peristiwa cuaca, manakala istilah perubahan iklim hanya merujuk ubahan itu yang berterusan dalam tempoh masa yang lebih, biasanya berdekad-dekad atau lebih. Perubahan iklim boleh merujuk bila-bila masa dalam sejarah Bumi tetapi istilah tersebut kini lebih biasa digunakan untuk menghuraikan perubahan iklim sezaman, selalu lebih terkenal dirujuk sebagai pemanasan global. Sejak Revolusi Industri, iklim telah dijejas dengan meningkat oleh kegiatan manusia.[1]
Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu, atau seluruh bumi. Perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik di Bumi, daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari, dan baru-baru ini juga, kegiatan manusia.
Dalam penggunaan terkini, khususnya dalam konteks dasar alam sekitar, istilah "perubahan iklim" selalu merujuk kepada perubahan iklim masa kini (lihat pemanasan global). Untuk maklumat mengenai sukatan suhu melalui pelbagai zaman, dan sumber-sumber data yang ada, lihat rekod suhu. Untuk penyifatan perubahan iklim sepanjang abad yang lalu, rujuk penyifatan perubahan iklim terkini.
Soalan ini begitu banyak diperdebatkan kerana perubahan iklim boleh berlaku disebabkan proses semula jadi dan kegiatan manusia dan juga sistem iklim yang kompleks.
Terdapat bukti baru dan kuat bahawa pemanasan iklim selama 50 tahun lepas disebabkan kegiatan manusia. Ketulan ais yang diambil dari ais purba Antartika menunjukkan tahap karbon dioksida yang tinggi dari 650,000 tahun dahulu. Lebih banyak karbon dioksida di atmosfera bermakna suhu yang semakin panas. Dalam laporan 2007 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan itu menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan sejak 50-60 tahun adalah disumbangkan oleh manusia.
Sumbangan manusia ini termasuk peningkatan tahap gas yang memerangkap haba (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida di atmosfera bumi. Satu cara manusia menyumbang kepada gas rumah hijau adalah dengan membakar bahan api. Contohnya penggunaan arang batu, minyak dan gas asli untuk menghasilkan elektrik, memanaskan rumah, memberi kuasa kepada kilang dan kereta.
Perubahan corak penggunaan tanah menyumbang juga. Pokok dan tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Apabila pokok dipotong untuk pembangunan, pertanian dan tujuan lain, ia tidak lagi boleh menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Pokok-pokok ini sebenarnya melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar.
Dengan meningkatnya karbon dioksida dan gas rumah hijau lain meningkat, lebih banyak haba terperangkap dan suhu dunia pun naik. Ini menyebabkan perubahan ketara dalam panjang dan pendek musim.
Perubahan iklim membawa kesan yang serius kepada dunia. Contohnya, saintis dari IPCC meramalkan pemanasan laut dan pencairan glasier kerana pemanasan global dan perubahan iklim boleh meningkatkan aras laut kepada 7-23 inci menjelang tahun 2100. Di seluruh dunia, masyarakat yang menghuni persisiran pantai dan infrastruktur yang menyokong mereka (seperti bangunan dan rumah, jalan, pelabuhan dan loji rawatan air) boleh terjejas. Mereka mungkin menghadapi banjir atau ribut kuat yang merosakkan. Di kawasan mendatar, pantai mungkin beralih beberapa batu ke kawasan dalaman. Kesan lain adalah seperti banjir, kemarau yang boleh menjadi lebih kerap dan teruk. Perubahan suhu juga memberi kesan kepada kelembapan tanah yang boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia dan benda lain termasuk ekosistem semula jadi, pertanian dan bekalan makanan, hutan, sumber air, penggunaan tenaga dan pengangkutan.
Peningkatan suhu Bumi wujud dalam bentuk pemanasan global. Suhu bumi yang meningkat berdampak pada peningkatan penggunaan tenaga dan perluasan bencana penyakit dalam kehidupan manusia. Peningkatan penggunaan tenaga dan penurunan penghasilan atau kegagalan tanaman dapat menyebabkan meningkatnya ancaman kelaparan. Pelepasan wap air yang berlebihan akibat peningkatan suhu menyebabkan ketersediaan air di permukaan Bumi menjadi terbatas. Bersamaan dengan itu, peningkatan suhu Bumi menyebabkan terjadinya kebakaran hutan yang menimbulkan asbut. Peningkatan jumlah asbut berdampak pada perluasan wabak-wabak penyakit malaria, demam berdarah, diare, dan gangguan pernafasan.[2]
Perubahan curah hujan diamati dengan jenis musim yang tidak menentu. Pada musim hujan, curah hujan menjadi sangat tinggi sehingga menyebabkan terjadinya banjir dan tanah runtuh. Bencana alam ini kemudian mengurangi luas tanah pertanian, kekeringan dan penurunan ketersediaan air secara berkepanjangan. Keadaan ini kemudian mempengaruhi bekalan air di kawasan bandar dan pertanian, serta meluasnya kebakaran hutan.[2]
Kenaikan suhu permukaan laut membuat terumbu karang rosak dan arah arus laut berubah. Keadaan ini kemudiannya mengubah pola migrasi ikan di laut dan mempengaruhi penghasilan nelayan. Peningkatan suhu permukaan laut juga membuat genangan air laut meluas, dan wilayah pesisir lebih sering mengalami hakisan lalu memudahkan kenaikan air laut ke daratan sehingga mengancam penduduk dan hidupan di wilayah pesisir.[2]
Perubahan iklim mengakiatkan terjadinya pergeseran musim. Bencana kekeringan dan penggurunan terjadi akibat musim kemarau akan berlangsung lebih lama dari waktu normalnya. Kesan kekeringan akan dirasakan terutama di Afrika, Eropah, Amerika Utara dan Australia. Sementara itu, peningkatan curahan hujan pula menjadi sangat tinggi pada saat musim hujan dengan waktu yang lebih singkat dari waktu normalnya, sekali gus menyebabkan bencana banjir dan tanah longsor.[3]
Perubahan iklim memberi peluang bagi terciptanya kesadaran akan pembangunan lestari dalam pemikiran masyarakat global. Berbagai kesan negatif yang telah dialami secara langsung oleh masyarakat memberikan kemungkinan pemanfaatan perubahan iklim secara positif. Perubahan iklim meningkatkan daya cipta dan reka baru terhadap model perniagaan serta politik. Melalui pembangunan mampan, masyarakat meningkatkan penggunaan cara-cara mutakhir dalam mengelola alam berdasarkan daya kebijaksanaan yang ada dalam skala tempatan ataupun global.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.