Kawasan Undi Perseorangan Punggol Timur
kawasan undi yang sudah dimansuh di Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
kawasan undi yang sudah dimansuh di Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Kawasan Undi Perseorangan Punggol Timur ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian timur laut Singapura. Sebelum dijadikan sebuah SMC yang tersendiri semasa pilihan raya umum 2011, kawasan Punggol Timur merupakan sebahagian daripada Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Punggol.
Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
Wilayah | Timur laut Singapura |
Pengundi | 35,477 (sebelum dimansuh pada 13 Mac 2020)[1] |
Kawasan undi tidak beroperasi | |
Dibentuk | 2011 |
Dimansuh | 2020 |
Parti | Parti Tindakan Rakyat |
Wakil | Charles Chong You Fook (untuk Parlimen 2015-20) |
Majlis Bandaran |
|
Digantikan dengan | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sengkang |
Ditubuhkan dari | Pasir Ris-Punggol |
Pada 12 Disember 2012, Anggota Parlimen (AP) bagi SMC Punggol Timur pada ketika itu, Michael Palmer meletakkan jawatan sebagai Speaker Parlimen, AP dan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah mengaku adakan hubungan sulit dengan seorang kakitangan Persatuan Rakyat (PA).[2] Sebuah pilihan raya kecil diadakan pada 26 Januari 2013 akibat pengosongan kerusi parlimen di Punggol Timur. Pada Hari Pengundian, calon Parti Pekerja Lee Li Lian berjaya menewaskan PAP dan dilantik menjadi AP bagi SMC Punggol Timur.[3]
Semasa pilihan raya umum 2015, Charles Chong dari PAP berjaya menawan semula SMC Punggol Tomur, menggantikan Lee Li Lian sebagai AP bagi kawasan undi tersebut.[4]
Punggol Timur akhirnya dimansuh dan diserap ke dalam Kawasan Sengkang. Kemudian sebahagian tempat di Punggol Timur dimasukkan ke dalam wad Rivervale.
Pada 10 Januari 2013, PAP mendedahkan calonnya untuk PRK, yakni Koh Poh Koon, doktor ahli bedah kolorektum dari Hospital Mount Elizabeth. Parti Pekerja Singapura mencadangkan Lee Li Lian sebagai calon. Ia pernah menjadi calon di PRU 2011 dengan berhasil merebut 41% of suara pengundi, meskipun pada akhirnya ia kalah dari Michael Palmer. Perikatan Demokratik Singapura memasukkan nama Desmond Lim Bak Chuan sebagai kandidat. Lim pernah bertanding untuk kawasan ini juga dan menjadi satu-satunya calon yang kehilangan deposit sebesar SGD$16,000 during kerana hanya sanggup mendapat 4.5% undian. Kenneth Jeyaretnam dari Parti Reform menjadi calon terakhir yang mendaftarkan diri. Parti Demokratik Singapura mula-mula menyatakan keinginannya untuk bertanding namun tidak menunjukkan nama hingga Hari Nominasi Calon.
Parti | Calon | Undian | % | ±% | |
---|---|---|---|---|---|
Parti Tindakan Rakyat | Charles Chong You Fook | 16,957 | 51.76% | ▼ 2.74 | |
Parti Pekerja Singapura | Lee Li Lian | 15,801 | 48.24% | ▲ 4.51 | |
Majoriti | 1,156 | 3.52% | ▼ 7.25 | ||
Jumlah undian sah | 32,758 | 98.86% | ▲ 0.26 | ||
Undian rosak | 379 | 1.14% | ▼ 0.26 | ||
Peratusan mengundi | 33,137 | 96.23% | ▲ 1.92 | ||
Pengundi terdaftar | 34,466 | ||||
PAP tawan daripada WP | Ayunan | ▼ 2.74 |
Parti | Calon | Undian | % | ±% | |
---|---|---|---|---|---|
Parti Pekerja Singapura | Lee Li Lian | 16,045 | 54.50% | ▲ 13.49 | |
Parti Tindakan Rakyat | Koh Poh Koon | 12,875 | 43.73% | ▼ 10.81 | |
Parti Reform Singapura | Kenneth Jeyaretnam | 353 | 1.20% | N/A | |
Perikatan Demokratik Singapura | Desmond Lim Bak Chuan | 168 | 0.57% | ▼ 3.88 | |
Majoriti | 2,649 | 10.77 | ▼ 2.76 | ||
Jumlah undian sah | 29,441 | 98.60% | ▲ 0.34 | ||
Undian rosak | 418 | 1.40% | ▼ 0.34 | ||
Peratusan mengundi | 29,859 | 94.34% | ▼ 0.96 | ||
Jumlah pengundi | 31,649 | ||||
WP tawan daripada PAP | Ayunan | ▲ 13.49 |
Parti | Calon | Undian | % | ±% | |
---|---|---|---|---|---|
Parti Tindakan Rakyat | Michael Palmer | 16,994 | 54.54% | N/A | |
Parti Pekerja Singapura | Lee Li Lian | 12,777 | 41.01% | N/A | |
Perikatan Demokratik Singapura | Desmond Lim Bak Chuan | 1,387 | 4.45% | N/A | |
Majoriti | 4,217 | 13.5% | N/A | ||
Jumlah undian sah | 31,158 | 98.26% | N/A | ||
Undian rosak | 551 | 1.74% | N/A | ||
Peratusan mengundi | 31,709 | 95.28% | N/A | ||
Jumlah pengundi | 33,281 | ||||
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru) |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.