Karma (drama)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Karma ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Ahmad Tarmimi Siregar, Ziela Jalil, Aaron Aziz dan Fouziah Gous. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 bermula 28 November 2011 hingga 10 Januari 2012.[1]
Karma | |
---|---|
Genre | Drama |
Pengarah | Erma Fatima |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 14 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting | Alif JJ Abd Majed |
Sinematografi | Asrar Lukmanal Hakim |
Tempoh siaran | 39 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 28 November 2011 – 10 Januari 2012 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]
Mengisahkan kehidupan dua wanita yang hidup bermadu. Seorang menerima suratan hidupnya dengan hati terbuka, manakala seorang lagi berasa terancam dan enggan berkongsi kasih. Ianya bermula apabila Karmila (Fouziah Gous) seorang pelakon popular yang berusia 23 tahun telah bertemu dengan seorang ahli politik yang berusia 63 tahun bernama Tan Sri Fahrul Sani (Dato’ Ahmad Tarmimi). Pertemuan singkat tersebut telah membuahkan cinta pandang pertama Tan Sri Fahrul Sani terhadap Karmila.
Kisah percintaan mereka berdua diteruskan lagi apabila Tan Sri Fahrul Sani mengambil keputusan untuk mengahwini Karmila. Karmila akur dengan keputusan tersebut meskipun dia terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kutukan. Karmila juga telah membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan dia ini adalah atas dasar cinta dan bukan kerana harta.
Eizlan (Azlee Khairi) yang selama ini mencintai Karmila telah menuduh Karmila sebagai perempuan murahan dan mata duitan kerana kononnya Karmila mempunyai hubungan dengan Tan Sri Fahrul Sani sebelum ini tanpa pengetahuannya. Karmila yang tidak mahu Eizlan kecewa dengan keputusannya itu dengan sengaja mengakui semua itu benar supaya Eizlan membencinya.
Memilih lelaki berpengaruh dalam bidang politik dan sudah berkeluarga sebagai teman hidup adalah niat murni Karmila namun ianya dipandang serong oleh madunya, Puan Sri Waheeda (Ziela Jalil). Ini kerana, Karmila dianggap sanggup bermadu kerana harta yang dimiliki oleh Tan Sri Fahrul Sani. Sekumpulan Datin termasuklah Waheeda mengutuk artikel pengakuan Karmila itu kononnya Karmila adalah adalah seorang artis materialistik. Mereka berteka-teki siapakah bakal suami Karmila itu.
Eizlan telah berjumpa dengan Waheeda untuk memberitahu perancangan Karmila dan Tan Sri untuk berkahwin. Waheeda yang terkejut dengan berita itu telah bertanya kepada suaminya dan tanpa berselindung Tan Sri Fahrul Sani telah mengakuinya.
Pelbagai kedukaan dilalui Karmila dalam kehidupan bermadu yang sepahit hempedu itu. Mampukah Karmila bertahan menghadapi dugaan hidupnya? Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi yang tak direstui isteri pertama ini?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.