From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal tempur pesisir (bahasa Inggeris; Littoral Combat Ships atau LCS) adalah sebuah kapal permukaan kecil yang bertujuan untuk digunakan bagi operasi di zon pesisir (hampir dengan pantai). Ia berfungsi sebagai sebuah penembur permukaan yang halimunan, lincah, berpusat dan juga berupaya untuk mengalahkan ancaman anti-capaian dan asimmetrik di pesisir.[1] Dua buah kelas kapal contoh telah dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat: iaitu kelas-Freedom dan kelas-Independence. Rekabentuk LCS agak menyamai frigat peluru berpandu di dalam Tentera Laut A.S, dan telah dibandingkan dengan korvet dari pengguna antarabangsa. Walaubagimanapun, rekabentuk LCS telah menambah keupayaan pengangkut penyerang keil dengan dek penerbangan dan hangar yang cukur besar bagi menempatkan dua buah helikopter SH-60 Seahawk, keupayaan untuk mengambil dan menlancarkan bot-bot kecil dari tanjakan buritan, dan ruang kargo dan beban yang cukup bagi mengangkut sepasukan kecil pasukan serbuan bersama-sama kenderaan tempur berperisai ke sebuah kemudahan pelabuhan roll-on/roll-off. Persenjataan standard untuk LCS adalah meriam Mk 110 57 mm, selain peruntukan modul-modul mengandungi Non-Line-of-Sight Launch Systems. Ia juga boleh melancarkan kenderaan udara, permukaan, dan bawah air berautonomi.[2] Meskipun rekabentuk LCS menawarkan keupayaan pertahanan udara dan permukaan-ke-permukaan yang kurang berbanding kapal pembinasa, konsep LCS menekankan kelajuan, ruang modul misi fleksibel dan lunas kecil.
Arab Saudi dan Israel telah menyatakan minat mereka terhadap versi ubahsuai kapal Kelas Freedom, LCS-I[3], tetapi mengikut laporan DefenseNews, Israel telah menggugurkan minat ini bagi memberi tumpuan kepada rekabentuk frigat baru yang akan dibina di Israel.[4]
Setakat Julai 2016[kemas kini], sejumlah 26 buah kapal luar pesisir telah dirancang, termasuk 13 buah kapal kelas-Freedom dan 13 buah kapal kelas-Independence.
Badan | Nama | Kelainan | Ditauliahkan | Pelabuhan asal | Pembina |
---|---|---|---|---|---|
LCS-1 | USS Freedom | Freedom | 8 Oktober 2008 | Pangkalan Tentera Laut San Diego | Marinette Marine |
LCS-3 | USS Fort Worth | Freedom | 22 September 2012 | Pangkalan Tentera Laut San Diego | Marinette Marine |
LCS-5 | USS Milwaukee | Freedom | 15 November 2015 | Stesen Tentera Laut Mayport | Marinette Marine |
LCS-7 | USS Detroit | Freedom | 22 Oktober 2016 | Stesen Tentera Laut Mayport | Marinette Marine |
LCS-9 | USS Little Rock | Freedom | ?/?/2017 | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-11 | USS Sioux City | Freedom | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-13 | USS Wichita | Freedom | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-15 | USS Billings | Freedom | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-17 | USS Indianapolis | Freedom | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-19 | USS St. Louis | Freedom | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-21 | USS Minneapolis/St. Paul | Freedom | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-23 | USS Cooperstown | Freedom | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-25 | USS Marinette | Freedom | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Marinette Marine |
LCS-2 | USS Independence | Independence | 16 Oktober 2010 | Pangkalan Tentera Laut San Diego | Austal USA |
LCS-4 | USS Coronado | Independence | 5 April 2014 | Pangkalan Tentera Laut San Diego | Austal USA |
LCS-6 | USS Jackson | Independence | 5 Disember 2015 | Pangkalan Tentera Laut San Diego | Austal USA |
LCS-8 | USS Montgomery | Independence | 10 September 2016 | Pangkalan Tentera Laut San Diego | Austal USA |
LCS-10 | USS Gabrielle Giffords | Independence | 10 Jun 2017 | Pangkalan Tentera Laut San Diego | Austal USA |
LCS-12 | USS Omaha | Independence | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Austal USA |
LCS-14 | USS Manchester | Independence | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Austal USA |
LCS-16 | USS Tulsa | Independence | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Austal USA |
LCS-18 | USS Charleston | Independence | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Austal USA |
LCS-20 | USS Cincinnati | Independence | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Austal USA |
LCS-22 | USS Kansas City | Independence | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Austal USA |
LCS-24 | USS Oakland | Independence | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Austal USA |
LCS-26 | USS Mobile | Independence | Akan ditentukan | Akan ditentukan | Austal USA |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.