spesies tumbuhan saka From Wikipedia, the free encyclopedia
Kantan (Jawi: كنتن ; nama botani: Etlingera elatior) merupakan sejenis tumbuhan saka herba dalam keluarga Zingiberaceae.[5] Ia tumbuh asli di Thailand, rantau biogeografi Malesia dan pulau New Guinea.[1]
Kantan | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Keluarga: | |
Genus: | Etlingera |
Spesies: | E. eliator |
Nama binomial | |
Etlingera eliator K.Schum. | |
Sinonim[1] | |
|
Nama-nama lain setempat rantau Nusantara adalah:[6]
Akarnya jenis rimpang tebal yang menjalar di bawah tanah.[7] Akar mudanya berwarna merah jambu, akar yang tua dan matang berwarna kuning air. Rimpangnya mengeluarkan banyak tunas.[5] Pokok kantan sesuai tumbuh di kawasan berdekatan sumber air.[8]
Pucuk daun kantan tumbuh daripada rimpang selepas 18-22 hari.[9] Helai daunnya berbentuk bulat panjang dan kasar dengan ukuran lebar kira-kira 0.20–0.915 meter (0.66–3.00 ka) panjang;[10] 15-30 helai daunnya disusun dalam dua baris dan berselang seli. Pangkal daun berbentuk bulat atau jantung, tepinya berlekuk dengan hujung yang pendek dan meruncing. Pangkal ini gondol dan berwarna hijau menggilap tetapi berbintik halus dan rapat. Sisi bawahnya sering berwarna keunguan ketika muda.[11]
Pucuk ini tahan selama kira-kira 70 hari dengan ketinggian 3-5 meter.[9][7] Pokok kantan yang tua menumbuhkan rumpun batang pokok yang banyak tetapi tidak padat. Batang-batang tuanya menyerupai batang pokok halia atau lengkuas.[7]
Bunga muncul dalam jambak berbentuk gasing dengan bertangkai panjang, ukurannya 0.5-2.5 m kali 1.5-2.5 sentimeter. Jambak bunga kantan boleh terdapat dalam warna merah, merah jambu, ungu dan putih.[5] Kudupnya berubah warna selepas empat hingga tujuh hari.[8]
Daun pelindungnya berbentuk jorong dengan ukuran 7–18 sentimeter panjang dan 1–7 sm lebar, ia berwarna merah jambu hingga merah terang. Kelopak bunga berbentuk tabung panjang 3-3.5 sm dengan hujung yang terbelah tiga. "Bibir" lebar kelopak-kelopaknya (labellum) berbentuk seperti sudip dengan ukuran sekitar 4 sm panjang, berwarna merah terang, dan ada tepi berwarna putih atau kuning.[11]
Bunga kantan kembang selepas lebih kurang 50 hari.[9]
Buahnya muncul dalam kapsul hampir bulat berbulu halus dan pendek di luarnya dengan diameter 10–20 sm, buah tersebut hijau dan menjadi merah atau kuning apabila masak.[5] Buah ini berisi biji perang kehitaman yang banyak, setiap butir mempunyai diameter 2-2.5 sm dengan selaput putih bening atau kemerahan yang berasa masam.[11]
Bunga merah jambu yang menonjol digunakan dalam pengaturan hiasan, manakala tunas bunganya, yang turut dikenali dengan nama bunga kecombrang, merupakan ramuan penting dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu.
Di Sarawak, bunga ini juga tidak kurang asing dalam masakan manok pansoh. Di Sumatera Utara (terutamanya di suku Karo), tunas bunga digunakan untuk ikan rebus dikenali Arsik ikan mas. Di Bali, orang menggunakan bahagian batang putih di bawah untuk memasak sos cili dipanggil "Sambal Bongkot", dan digunakan tunas bunga untuk membuat sos cili dipanggil "Sambal Kecicang". Batang semu dan pelepah daun kantan merembeskan bendalir berbusa harum yang dapat dimanfaatkan sebagai sabun tubuh dan wajah.[7] Di Thailand, ia dimakan dalam sejenis salad Thai.[12]
Masyarakat Sunda memperoleh bahan pewarna kuning dari rimpangnya. Pelepah daun sebatang semu dimanfaatkan sebagai bahan anyam-anyaman setelah dikering dan direndam lembut beberapa kali selama beberapa hari, bahkan juga bahan asas membuat kertas yang cukup baik mutu.[6]
Pokok kantan boleh ditanam sebagai tanaman hiasan. Batang pokok kantan boleh dibuat tikar.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.