bilangan bidang yang dipaparkan dalam satu saat From Wikipedia, the free encyclopedia
Kadar bidang atau kadar bingkai, ialah kekerapan sesebuah peranti imejan menghasilkan turutan imej unik yang dipanggil bidang (atau bingkai). Istilah ini digunakan sama-rata bagi grafik komputer, kamera video, kamera filem, dan sistem motion capture. Kadar bidang biasanya dinyatakan dalam bidang sesaat (FPS), tetapi juga diungkapkan dalam hertz bagi monitor imbasan progresif.
Pada tahun 2011, terdapat tiga piawaian kadar bidang utama dalam perusahaan televisyen dan perfileman, iaitu: 24p, 25p, dan 30p; tetapi tidak lupa juga banyak variasinya serta piawaian-piawaian terbaru.
Kadar bingkai juga digunakan dalam pengkomputeran masa nyata. Dalam gaya yang agak serupa dengan takrifan filem di atas, satu bingkai masa nyata ialah masa yang diambil untuk melengkapkan sepusingan penuh tugasan-tugasan pemprosesan sistem. Jika kadar bingkai sistem masa nyata ialah 60 hertz, maka sistem itu menilai semula segala input yang perlu sambil mengemas kini output yang perlu 60 kali sesaat dalam apa jua keadaan.
Kadar bingkai yang direka untuk sistem masa nyata berbeza-beza mengikut kelengkapannya. Untuk sistem masa nyata yang mengemudi kapal tangki minyak, kadar bingkai 1 FPS mungkin memadai, manakala kadar 100 FPS pun tidak cukup untuk mengemudi peluru berpandu. Perekanya mesti memilih kadar bingkai yang sesuai dengan keperluan aplikasi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.