From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal KRI Teluk Sangkulirang (542) milik Indonesia merupakan kapal perbekalan/logistik milik tentera laut Indonesia. KRI Teluk Sangkulirang memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Sangkulirang dibina oleh VEB Peenewerft, Wolgast, Jerman Timur. Ia dilancarkan pada 1979.
KRI Teluk Sangkulirang pada asalnya merupakan kapal pendarat serdahana jenis 108, kelas 'Frosch-I' (616) milik Jerman Timur. Ia telah diubahsuai dengan pembuangan persenjataan untuk dijadikan sebagai kapal perbekalan/logistik dan diletakkan dalam angkatan PAC pada 1994. Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Teluk Sangkulirang adalah KRI Teluk Gilimanuk, KRI Teluk Celukan Bawang, KRI Teluk Cendrawasih, KRI Teluk Berau, KRI Teluk Peleng, KRI Teluk Sibolga, KRI Teluk Manado, KRI Teluk Hading, KRI Teluk Parigi, KRI Teluk Lampung, KRI Teluk Jakarta, KRI Teluk Sirebon, dan KRI Teluk Sabang.
Kapal KRI Teluk Sangkulirang sepanjang 90.70meter; 11.12meter * 3.4meter ( 297.6kaki panjang * 36.5kaki * 11.2kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. KRI Teluk Sangkulirang mempunyai seseran 1,900 tan penuh dengan 600 tan kargo.
KRI Teluk Sangkulirang mempunyai 42 orang anak kapal termasuk pegawai. Selain itu ia mampu membawa muatan kargo antara 400-600 tan ataupun digunakan bagi membawa tentera.
Tiada
Tiada
KRI Teluk Sangkulirang dilengkapi dengan dua meriam 37 mm, satu daripadanya berkembar. Meriam ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.
KRI Teluk Sangkulirang memiliki radar pengesan permukaan dan udara MR-302/Strut Curve. Radar tersebut merupakan radar pengawas yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman awal. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode".
Kapal KRI Teluk Sangkulirang mempunyai dia enjin disel dengan 2 gandar yang mampu menghasilkan 12,000 bhp dengan kelajuan 18 knot.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.