From Wikipedia, the free encyclopedia
KRI Hiu (804) (FPB57) merupakan kapal milik Angkatan Laut Nasional Indonesia jenis bot peronda pantas yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Hiu memenuhi keperluan mempertahankan perairan laut se-Indonesia dari kapal-kapal musuh.
KRI Hiu merupakan kapal pertama dalam siri FPB57 - Nav V dan direka dan dibina sepenuhnya di Indonesia sendiri di PT. PAL, Surabaya untuk tentera laut Indonesia. KRI Hiu diserahkan kepada tentera laut Indonesia pada tahun 2000.
Kapal peronda ini yang dibina dengan gentian kaca ini ringan dan mampu beroperasi di kawasan air cetek yang tidak mampu dihampiri oleh kapal perang biasa
Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Pandrong, KRI Sura, KRI Todak, KRI Hiu, KRI Layang, dan KRI Lemadang.
KRI Hiu dilengkapkan untuk misi meronda dan dengan kelajuan tinggi ia mampu bertindak sebagai peninjau dalam pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".
Tiada
KRI Hiu dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan ke permukaan C 802 buata RRC, dengan jarak berkesan sejauh 130 kilometer
KRI Hiu juga dilengkapi dengan selaras meriam Bofors SAK 57 mm/70 dengan kadar tembakan 200 biji seminit. Jarak maksima berkesannya adalah 17 kilometer (9.3 batu nautikal) dengan berat setiap biji peluru seberat 2.4 kilogram. Meriam Bofors SAK 57 mm/70 ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal, pesawat sayap berputar, dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang yang diselaraskan dengan sistem kawalan penyelaras tempur Signaal LIROD Mk.2.
Terdapat juga selaras meriam Bofors SAK 40 mm/70 yang mampu memuntahkan 300 biji peluru seminit dengan jarak berkesan 12 kilometer (6.6 batu nautikal) dengan berat sebiji peluru 0.96 kilogram, sebagai anti kapal, pesawat udara, helikopter, peluru berpandu anti kapal.
KRI Hiu juga memiliki 2 laras meriam penangkis Serangan Udara (PSU) Rheinmetall 20 mm yang mempunyai kadar kadar tembakan 1000 biji seminit, dengan jarak berkesan 2 kilometer. Berat sebiji peluru adalah 0.24 kg menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar.
Tiada maklumat
Tiada maklumat
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.