Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
KD Rahmat (nombor pennant F24) yang mana asalnya dipesan sebagai KD Hang Jebat pada tahun 1966 adalah merupakan sebuah kapal frigat peluru berpandu yang pernah bertugas dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia merupakan salah satu aset utamanya ketika itu. Ketika ujian pentauliahan, kapal ini mengalami beberapa masalah yang hampir menggagalkan program tersebut. Setelah masalah-masalah ini dapat diatasi, keputusan telah dibuat untuk menamakan semula kapal ini kepada "Rahmat".
KD Rahmat | |
Angkatan | |
---|---|
Jenis: | Frigat (F/FF/FFG) |
Kelas: | |
Pembuat: | Yarrow Shipbuilders, Scotstoun |
Ditempah: | |
Mula dibina: | |
Dilancar: | |
Ditauliah: | 1972 |
Khidmat: | tamat tauliah pada 2004, dijangka dijadikan sebahagian Muzium TLDM |
Spesifikasi | |
Sesaran: | |
Panjang: | |
Lebar: | |
Draf kedalaman: | |
Propulsi: | |
Kelajuan: | |
Persenjataan: |
Peluru berpandu: Meriam: Torpedo: Anti kapal selam: |
Penderia: |
Penjejak udara: Penjejak permukaan: Navigasi: Kawalan Tembakan: Sonar: Peperangan Elektronik: |
Helikopter: | tiada, platform untuk 1x helikopter sederhana |
Krew: | |
Motto: |
KD Rahmat telah diserahkan kepada kerajaan negeri Perak pada tahun 2010 dan kemudian ditukarkan menjadi Muzium KD Rahmat pada tahun 2011. Muzium ini terletak di jeti Marina Waterfront Lumut. Pada bulan September 2016, Muzium KD Rahmat telah ditutup kepada orang awam ekoran faktor keselamatan jeti yang menghubungkan daratan dengan kapal ini. Pada bulan Jun 2017, kapal ini mengalami kebocoran dan mula senget ke kiri. Pada 6 Jun 2017[1], selepas beberapa hari air dipamkan keluar daripada kapal, ia berjaya diapungkan dan ditegakkan kembali. Pada 20 Februari 2018 [2], kapal ini sekali lagi mengalami kebocoran dan senget ke kanan. Kali ini, kapal ini gagal diselamatkan dan dilupuskan sebagai skrap.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.