From Wikipedia, the free encyclopedia
Journey to the Center of the Earth (bahasa Melayu harafiah: "Pengembaraan Ke Pusat Dunia") (juga diberi tajuk promosi Journey to the Center of the Earth 3-D atau Journey 3-D) adalah sebuah filem pengembaraan cereka sains 3D Amerika Syarikat 2008 arahan Eric Brevig yang dibintangi oleh Brendan Fraser, Anita Briem dan Josh Hutcherson.
Filem ini telah dikeluarkan pada 11 Julai 2008 di pawagam 3D dan 2D. Filem ini juga merupakan filem pertama yang memperkenalkan teknologi 4DX - tontonan dalam panggung wayang bercirikan kerusi menyenget dan bergerak untuk menyerupai pergerakan kamera, angin, semburan air dan udara yang tajam, lampu limpah untuk meniru kilat, kabus serta kesan bau pawagam khas yang lain..[2]
Journey to the Center of the Earth | |
---|---|
Pengarah | Eric Brevig |
Lakon layar | Michael D. Weiss Mark Levin Jennifer Flackett |
Berdasarkan | Voyage au centre de la Terre oleh Jules Verne |
Dihasilkan oleh | Beau Flynn Charlotte Huggins |
Dibintangi | Brendan Fraser Josh Hutcherson Anita Briem |
Sinematografi | Chuck ShumanSHARP |
Disunting oleh | Paul Martin Smith Dirk Westervelt Steven Rosenblum |
Muzik oleh | Andrew Lockington |
Syarikat penerbitan | Walden Media |
Diedarkan oleh | New Line Cinema |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 93 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | bahasa Inggeris |
Bajet | $60 juta[1] |
Pecah panggung | $241.9 juta[1] |
Ia diikuti dengan sebuah filem sekuel iaitu Journey 2: The Mysterious Island pada tahun 2012.
Senarai ini diturutkan mengikut keutamaan watak:
Dalam usaha mengetahui apa yang berlaku pada saudaranya yang hilang, seorang pakar sains, anak saudaranya dan pemandu gunung mereka menjumpai dunia hilang yang menakjubkan dan merbahaya di pusat dunia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.