From Wikipedia, the free encyclopedia
Sir John Major (lahir 29 Mac 1943) ialah Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1990 hingga tahun 1997. Sebelum menyandang jawatan Perdana Menteri, beliau adalah salah satu ahli Kabinet Margaret Thatcher yang menyandang jawatan Menteri Perbendaharaan, Menteri Luar Negeri, dan Canselor Exchequer.
Sir John Major | |
---|---|
Perdana Menteri United Kingdom | |
Dalam jawatan 28 November 1990 – 2 Mei 1997 | |
Timbalan | Michael Heseltine |
Didahului oleh | Margaret Thatcher |
Digantikan oleh | Tony Blair |
Canselor Exchequer | |
Dalam jawatan 26 Oktober 1989 – 28 November 1990 | |
Didahului oleh | Nigel Lawson |
Digantikan oleh | Norman Lamont |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 29 Mac 1943 Carshalton, Surrey, England |
Parti politik | Konservatif |
Tandatangan | Tandatangan |
Dilahirkan di St Helier, Carshalton, John Major tidak menonjol dalam persekolahannya. Pada dekad 1950-an, perniagaan hiasan taman ayahnya gagal, dan keluarganya terpaksa berpindah ke Brixton pada tahun 1955.
Pada tahun 1959 ketika berumur 16 tahun, Major tamat sekolah dengan tiga kelulusan dalam Sijil Pelajaran Am (GCE). Beliau memohon menjadi konduktor bas tetapi permohonannya ditolak kerana terlalu rendah. Pekerjaan pertamanya adalah sebagai kerani pembrokeran insuran. Disebabkan tidak suka akan kerja itu, Major meletakkan jawatan dan membantu dalam perniagaan hiasan taman ayahnya. Pada masa ini, beliau juga menyertai Pemuda Konservatif di Brixton.
Pada tahun 1963, selepas satu tempoh pengangguran, Major bekerja di Lembaga Elektrik London dan memutuskan untuk mengambil kursus pembankan melalui gaya pos. Beliau kemudian menjadi eksekutif di Bank Standard Chartered pada tahun 1965 dan kerjayanya naik dengan pantas.
Major berkahwin dengan Norma Johnson pada 3 Oktober 1970 ketika berumur 27 tahun. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, James, dan seorang anak perempuan, Elizabeth.
Major minat akan politik sejak muda lagi dan pada tahun 1964 ketika berumur 21 tahun, bertanding untuk Majlis Boro Lambeth. Walaupun tidak berjaya, beliau dipilih dalam pilihan raya umum yang berikut pada tahun 1968 ketika Parti Konservatif mencapai kemenangan besar. Semasa dalam Majlis, Major berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Perumahan yang bertanggungjawab untuk pembinaan kawasan perumahan majlis.
Pengaruh pembentuk dalam kerjaya politik Major ialah Jean Kierans, seorang janda yang 13 tahun lebih tua dan yang menjadi mentor politik serta kendaknya. Hubungan mereka berlangsung dari tahun 1963 sehingga selepas 1968. Dalam kedua-dua pilihan raya umum pada tahun 1974, Major bertanding untuk kerusi Parlimen di St. Pancras Utara, kawasan kubu tradisional Parti Buruh, tetapi tidak berjaya.
Pada November 1976, Major dipilih oleh Konservatif Huntingdonshire sebagai calon mereka untuk pilihan raya umum yang berikut. Dengan itu, Major menang kerusi selamat dalam pilihan raya umum 1979. Selepas perubahan sempadan, Major menjadi Ahli Parlimen untuk Hungtingdon pada tahun 1983, 1987, 1992, dan 1997. Majoritinya pada tahun 1992 sebanyak 36,230 merupakan majoriti berangka yang tertinggi sejak tahun 1832.
Major menyertai Kabinet sebagai Menteri Perbendaharaan pada tahun 1987, dan dalam satu rombakan kabinet yang mengejut pada 31 Julai 1989, beliau yang masih tidak banyak berpengalaman dilantik sebagai Menteri Luar Negeri, mewarisi Geoffrey Howe. Tiga bulan kemudian, Major menjadi Canselor Exchequer selepas Nigel Lawson meletakkan jawatan pada Oktober 1989.
Apabila cabaran Michael Heseltine terhadap kepimpinan Margaret Thatcher memaksa pertandingan pusingan kedua dan Thatcher menarik diri, Major menyertai pertandingan itu bersama-sama dengan Douglas Hurd. Walaupun Major hanya mencapai 185 undi berbanding 187 undi yang diperlukan, keputusan ini adalah mencukupi untuk beliau mendapat konsesi daripada pesaing-pesaingnya dan Major menjadi Ketua Parti Konservatif pada 27 November 1990 ketika berumur 47 tahun. Pada hari berikut, 28 November 1990, Major diperintah ke Istana Buckingham dan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: John Major |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.