John Corbett

From Wikipedia, the free encyclopedia

John Corbett

John Joseph Corbett, Jr. (lahir 9 Mei 1961) ialah pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat.[1] Beliau terkenal sebagai Chris Stevens dalam Northern Exposure dari 1990 hingga 1995; dan Aidan, kekasih Carrie Bradshaw dalam Sex and the City—peranan yang dilakonkan semula dalam kesinambungan Sex and the City 2. Beliau juga menjadi pasangan lakonan Nia Vardalos dalam My Big Fat Greek Wedding (2002). Kemudian beliau membintangi United States of Tara sebagai Max Gregson, dan muncul dalam soro drama komedi NBC, Parenthood sebagai Seth Holt. Selain dunia seni lakon, Corbett juga aktif televisyen dan radio, menjadi pelakon suara untuk iklan, dan mencipta lagu. Beliau telah merakamkan dua album lagu bergenre country.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
John Corbett
Thumb
Corbett pada Julai 2015
Kelahiran
John Joseph Corbett, Jr.

(1961-05-09) 9 Mei 1961 (umur 63)
Wheeling, West Virginia, A.S.
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1987–kini
Rakan kongsi domestikBo Derek (2002–kini)
Tutup

Latar belakang

Corbett lahir di Wheeling, West Virginia pada 9 Mei 1961.[2] Beliau melanjutkan pelajarannya di Wheeling Central Catholic High School, menamatkan pengajian pada tahun 1979.[3] Corbett mulai belajar bermain gitar sejak umur 7 tahun, dan pada umur 16 tahun beliau menerima tawaran beraksi di Capitol Music Hall.[4] Selepas menamatkan persekolahan, Corbett berpindah ke California, bekerja di kilang baja selama enam tahun.[5] Belkau menggunakan masa lapangnya untuk berlatih secara fizikal untuk mendaftarkan diri di L.A. County Deputy Sheriff, namun tidak berjaya.[6] Beoiau berhenti bekerja kerana mengalami kecederaan, beliau kemdian belajar di Cerritos College, Norwalk, California. Beliau mengambil kelas seni lakon dan pendandan rambut selama setahun.[7][8] Beliau menerima ijazah sebagai pendandan rambut pada 1986.[9] Beliau kemudian bekerja untuk Samsung dan selama tiga tahun membintangi 50 iklan komersial.[10][11][12][13][14][15][16][17][18][19]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.