Johari Harun

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Dato' Sri Johari Harun (lahir di Janda Baik, Bentong, Pahang, 17 Januari 1970  meninggal di Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos 2023 pada umur 53 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang di DUN Pelangai mewakili Barisan Nasional[1] pada November 2022, dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang[2].

Fakta Segera Dato' SriSSAP DIMP, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang ...
Dato' Sri
Johari Harun
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Dalam jawatan
2 Disember 2022 [note 1]  17 Ogos 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Menteri BesarWan Rosdy Wan Ismail
PortfolioKerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Didahului oleh
Kawasan pilihan rayaPelangai
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Pelangai
Dalam jawatan
19 November 2022  17 Ogos 2023
Didahului olehAdnan Yaakob
(BNUMNO)
Majoriti4,048 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Johari bin Harun

(1970-01-17)17 Januari 1970
Janda Baik, Bentong, Pahang, Malaysia
Meninggal dunia17 Ogos 2023(2023-08-17) (umur 53)
Elmina, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Cause of deathKemalangan pesawat
Parti politikBN-UMNO
PasanganMaziah Samsudin
PendidikanMaktab Tentera Diraja
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanAhli politik, ahli perniagaan
Tutup

Johari meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 disebabkan kemalangan pesawat ringan yang dinaiki di Elmina, Shah Alam, Selangor.[3]

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Keputusan pilihan raya yang ditandingi Johari Harun
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2022 N36 Pelangai Johari Harun BN (UMNO) 7,308 Kasim Samat PN (PAS) 3,260 4,048
Ahmed Wafiuddin Shamsuri PH (Amanah) 2,031
Isa Ahmad Pejuang 65
Tutup

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 akibat kapal terbang yang dinaiki terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam. Kemalangan tersebut berlaku ketika fasa pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pesawat ringan berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang menuju Selangor. Insiden itu juga turut melibatkan seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.[3]

Nota

  1. Menjawat jawatan 12 hari selepas dilantik.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.