From Wikipedia, the free encyclopedia
Jodoh Itu Milik Kita adalah merupakan drama adaptasi novel karya Sara Aisha yang disiarkan di Astro Mustika HD bermula 19 Ogos 2013 bagi menggantikan drama Dahlia yang telahpun tamat siarannya. Disiarkan setiap Isnin sehingga Rabu jam 10 malam. [1]
Jodoh Itu Milik Kita | |
---|---|
Genre | Keluarga Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Jodoh Itu Milik Kita (novel) karya Sara Aisha |
Pencipta | Sara Aisha |
Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | Tiz Zaqyah Farid Kamil Syazwan Zulkifli Nabila Huda Ziela Jalil Haeriyanto Hassan Zul Ariffin Keith Foo |
Lagu pembukaan | "Takkan Terpisah" nyanyian Black |
Lagu penutup | "Takkan Terpisah" nyanyian Black |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 40 |
Penerbitan | |
Penerbit | Ziela Jalil |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Picture Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Mustika HD |
Siaran asal | 19 Ogos 2013 – 18 November 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Dahlia |
Diikuti oleh | Bukan Kerana Aku Tak Cinta |
Mengisahkan perkenalan Dahlia Darius dan Puan Marina membawa kepada ikatan pertunangan dengan anak Puan Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia setuju atas rasa hormat apatah lagi bila mengetahui Puan Marina menghidap kanser perut. Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga.Dalam kekusutan, Aariz Danial yang baru balik dari Australia terpaksa menggantikan adiknya. Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun telah berkahwin. Tanpa disedari cinta telah berputik. Syafiq pula ke New Zealand mencari cinta hatinya Alya. Bagaimana pun, Syafiq pulang ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila melihat kemesraan Dahlia dan Aariz, Shafiq cuba memusnahkan kebahagiaan abangnya. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.