From Wikipedia, the free encyclopedia
Jeonbokjuk (sebutan bahasa Korea: [tɕʌnboktɕ͈uk]) adalah sejenis Juk (죽), atau bubur Korea, dibuat dengan abalon dan nasi putih. Abalon dianggap sebagai bahan yang berkualiti tinggi dalam masakan Korea dan sering dipersembahkan sebagai hadiah kepada raja Korea.[1]Hidangan ini adalah keistimewaan tempatan Pulau Jeju di mana abalon biasanya ditangkap. Jeonbokjuk bukan sahaja dikenali sebagai makanan istimewa tetapi juga sebagai makanan tambahan dan bantuan pencernaan terutama bagi orang sakit atau orang tua.[1][2]Jeonbokjuk boleh dibuat dengan atau tanpa organ dalaman abalon. Jeonbokjuk dengan organ dalaman mempunyai warna hijau sementara yang kedua adalah lebih kepuntihan warnanya.[3]
Jeonbokjuk | |
---|---|
Jenis | Juk |
Tempat asal | Korea |
Kawasan/rantau | Pulau Jeju |
Suhu penghidangan | Suam |
Bahan utama | Abalon, nasi putih |
sunting · sunting di Wikidata |
Hangul | 전복죽 |
---|---|
Hanja | 全鰒粥 |
Perumian Semakan | jeonbok juk |
McCune–Reischauer | chŏnpok chuk |
Abalon mula-mula sekali disiang dengan membersihkannya dengan berus dalam air dan dagingnya itu dikeluarkan dengan pisau dapur kecil. Organ-organ dalaman dikeluarkan secara berasingan daripada daging (berhati-hati supaya tidak merosakkannya). Daging ini dimasak sedikit di dalam air mendidih dan kemudian dihiris nipis. Beras pula direndam di dalam semangkuk air 3 hingga 4 jam sebelum dimasak.
Daging abalon digoreng kilas dalam periuk dengan api kecil bersama minyak bijan manakala nasi yang direndam ditambah pula tidak lama selepas itu. Selepas goreng kilas untuk seketika, air dituang ke dalam periuk dan dimasak pada suhu yang lebih tinggi.
Masakan terus dikacau untuk menghalang bahan-bahan daripada melekat pada bahagian bawah periuk. Selepas masakan tersebut mendidih, haba diturunkan dan biarkan ia mereneh. Hidangan tersebut diperisakan dengan garam atau ganjang (kicap Korea).[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.