Jenderata

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jenderata
Remove ads

Jenderata juga dieja sebagai Jendarata atau Jandarata merupakan sebuah tempat berhampiran dengan Teluk Intan, Hutan Melintang dan Bagan Datoh di negeri Perak, Malaysia. Pekan Jenderata merupakan satu mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Hilir Perak.

Maklumat lanjut Pekan Jenderata, Geografi ...
Remove ads

Sejarah

Pada masa dahulu, ramai golongan perempuan yang telah menjadi janda yang tinggal di kampung ini. Mereka mengusahakan tanaman nanas dan kebun-kebun buah-buahan. Peladang-peladang British telah mengambil tanah-tanah hutan yang tidak diusahakan lalu ditanam dengan getah dan membawa masuk pekerja dari India dan Sri Langka.

Jenderata asalnya sebuah ladang getah yang diusahakan oleh pihak British semasa zaman penjajahan British. Di sini telah dibina landasan kereta api bagi mengangkut getah dan kemudian kelapa sawit ke kilang pemprosesan kepala sawit milik Unitata dan United Plantation Sdn Bhd. Landasan kereta api ini bersambung terus ke jeti Teluk Intan.

Di Jenderata juga ada sebuah lapangan terbang kecil bagi kapal terbang jenis Twin Otter mendarat. Peladang British lebih senang menggunakan jalan udara berbanding jalan darat.

Semasa darurat Tanah Melayu, ladang-ladang kepunyaan British ini terpaksa dikawal oleh pasukan Special Constable (SC). Pasukan SC ditubuhkan oleh penjajah British bagi mengawal ladang-ladang dan lombong daripada ancaman pengganas komunis sekitar tahun 19481960. Antara mereka yang pernah bertugas di sini ialah Allahyarham Haji Abdul Hanif bin Mohd Baki dari Kampung Air Mati, 43800 Kampung Gajah, Perak.

Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads