From Wikipedia, the free encyclopedia
Janet Damita Jo Jackson (lahir 16 Mei 1966) ialah seorang penyanyi, penari profesional dan pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali atas lagu-lagunya yang rancak serta persembahan lincah sehingga menjadi antara artis muzik paling laris sepanjang zaman dengan sebanyak 100 juta rakaman yang dijual.[2][3][4]
Janet Jackson | |
---|---|
Kelahiran | Janet Damita Jo Jackson 16 Mei 1966 Gary, Indiana, Amerika Syarikat |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1973–kini |
Kampung asal | Los Angeles, California |
Nilai bersih | USD190 juta (2019)[1] |
Pasangan |
|
Anak-anak | 1 (with Al Mana) |
Ibu bapa |
|
Keluarga | Jackson |
Anugerah | List of awards and nominations |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen |
|
Syarikat rakaman | |
Laman sesawang | janetjackson |
Beliau adik bongsu dalam kumpulan penghibur keluarga Jackson yang terkenal termasuk Jermaine dan Michael.
Janet Jackson lahir pada 16 Mei 1966 di Gary, Indiana, beliau merupakan anak bongsu daripada sepuluh adik-beradik kepada Katherine Esther Scruse dan Joseph Walter Jackson.[5] Abang-abangnya mula bergiat sebagai kumpulan the Jackson 5 pada usia muda; apabila mereka mendapat kontrak rakaman bersama Motown pada bulan Mac 1969, keluarga mereka berpindah ke kawasan kejiranan Encino di Los Angeles.[5] Janet pada asalnya mahu mejadi seorang pelumba kuda ataupun peguam sambil mengambil kerja berlakon secara bersampingan, namun beliau dipujuk terus menmasuki bidang hiburan - malah Janet sendiri ada memikirkan minatnya pada ketika ini .[5]
Beliau mula berlakon dalam program anekawara The Jacksons pada tahun 1976.[5] Pad tahun berikutnya, beliau berlakon dalam siri sitkom Good Times,[5] A New Kind of Family serta juga Diff'rent Strokes.[5]
Apabila beliau mencecah usia 16 tahun, ayahnya menguruskan suatu kontrak rakaman bersama A&M Records.[5] Album debut berjudul senamanya dihasilkan bersama ayahnya, Angela Winbush, René Moore, Bobby Watson dari kugiran Rufus dan Leon Sylvers III pada tahun 1982.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.