Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jambu bol, jambu merah,[2] jambu tersana atau jambu kepal adalah tumbuhan dari famili Myrtaceae bertaburan asal di kawasan ekologi Malesia dan Australia[3] Jambu ini ditanam luas sejak lama di Semenanjung Tanah Melayu serta pulau-pulau Sumatera dan Jawa; buah ini turut diperkenalkan orang-orang Austronesia serata rantau Pasifik.[4][5][6] Ia juga ditanam di kawasan tropika lain seperti sekitar Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Jambu bol | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Myrtaceae |
Genus: | Syzygium |
Spesies: | S. malaccense |
Nama binomial | |
Syzygium malaccense | |
Sinonim[1] | |
|
Batangnya berukuran sedang mencecah 15 meter.[7] Daun-daunnya berbentuk bujur ringkas tersusun bertentangan 15 - 38 sm panjang dan 7 - 30 sm lebar sehelai, daun-daun ini merah masa muda bertukar warna menjadi hijau semasa matang.[2]
Bunga menjambak pada ranting dan dahan tidak berdaun sebanyak 1 hingga 12 kuntum berwarna merah dengan banyak stamen.[2] Buahnya jenis beri berwarna merah atau merah tua, kuning keunguan atau keputihan apabila masak; setiap biji buah mempunyai sebiji benih.[7][8][9]
Jambu bol ditanam secara biji, keratan, kaedah tut atau cantuman. Pokoknya boleh tumbuh di kawasan yang banyak menerima hujan serta tanah yang berat.
Jambu bol boleh dimakan mentah dan rasanya agak masam sedikit. Putik berwarna hijau tetapi setelah masak berwarna merah. Buah ini sedap sama ada dicecah kicap bergula, garam atau sambal belacan. Ia juga boleh dicampur dalam rojak atau salad dan dibuat jus buah, jem dan jeli.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.