From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Jamaluddin Adnan ialah bekas ahli politik di Malaysia dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor bermula selepas memenangi pilihan raya kecil Kuala Selangor 1997 hingga berakhirnya penggal 1999–2004. Sebelum itu, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk DUN Permatang sejak 1990 hingga meletak jawatan pada 1997. Beliau meletak jawatan sebagai ADUN Permatang bagi membolehkan pilihan raya kecil Permatang 1997 diadakan untuk bertukar kerusi dengan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Abu Hassan Omar yang diumumkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad[1].
Dato' Jamaluddin Adnan D.S.S.A., K.M.N., P.P.N. | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kuala Selangor | |
Dalam jawatan 1997–2004 | |
Didahului oleh | Abu Hassan Omar |
Digantikan oleh | Mohd Daud Tarihep |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Permatang | |
Dalam jawatan 1990–1997 | |
Didahului oleh | Khalid Ahmad |
Digantikan oleh | Abu Hassan Omar |
Butiran peribadi | |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pekerjaan | Ahli politik |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.