Istora Gelora Bung Karno
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Istora Gelora Bung Karno (singkatan dari Istana Sukan Gelora Bung Karno, disebut pula Istora Senayan) adalah sebuah stadium sukan tertutup yang terletak di dalam kompleks Gelanggang Sukan Bung Karno di daerah Jakarta, Indonesia. Kapasiti asal Istora adalah 10,000, kemudian selepas diubah suai dan dibuka kembali pada tahun 2018, kapasitinya menjadi 7,166.[3] Arena ini sering menjadi lokasi kejohanan badminton. Acara perdananya adalah Piala Thomas 1961.[4]
Remove ads
Bangunan sukan ini digunakan sebagai kelengkapan prasarana dalam rangka Sukan Asia 1962.[5] Istora dibuka sejak tanggal 21 Mei 1961 sebelum Piala Thomas 1961 yang diadakan di Jakarta.[4] Istora diubah suai untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 dan Sukan Para Asia 2018.[6] Acara pertamanya selepas diubah suai ialah Indonesia Masters 2018. Semasa Sukan Asia 2018, Istora menjadi lokasi perlawanan badminton serta bola keranjang, sementara ketika Sukan Para Asia 2018, arena ini merupakan tuan rumah perlawanan badminton.[7][8][9]
Remove ads
Kegunaan
Selain digunakan dalam Sukan Asia, Sukan Asia Tenggara dan Minggu Sukan Nasional, bangunan sukan ini telah berkali-kali dipilih sebagai arena perlawanan sukan yang memerlukan arena tertutup. Sepanjang sejarah sukan di Indonesia, banyak perlawanan sukan antarabangsa berlangsung di sini sehingga nama Indonesia dapat dikenali di seluruh dunia melalui sukan, antara lain:
Pertandingan sukan terkenal
- Sukan Asia 1962 dan 2018
- Sukan Asia Tenggara 1979, 1987, 1997 dan 2011
- Piala Sudirman 1989
Remove ads
Lihat pula
- Stadium Utama Gelora Bung Karno
- Stadium Madya Gelora Bung Karno
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads