Iskandar Syah Ismail

penghibur dan penulis Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Iskandar Syah Ismail (lahir 7 Januari 1976) adalah seorang Doktor Badut (Clown Doctor), penterjemah sambilan dan juga penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan pertubuhan amal Red Bubbles.[1]

Fakta Segera Lahir, Nama pena ...
Iskandar Syah Ismail
Lahir (1976-01-07) 7 Januari 1976 (umur 49)
Jerantut, Pahang
Nama penaDr Bubbles
PekerjaanPenulis, Penterjemah dan Doktor Badut
Warganegara Malaysia
PasanganNor Hayati Mohd Redzwan
Laman web
http://redbubbles.org.my/
Tutup

RED BUBBLES atau nama lainnya Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah KL & Selangor adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sekitar April 2011. Ia berdaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nombor pendaftaran: 2095-11-WKL. Misi Red Bubbles adalah bagi menghibur pesakit kanak-kanak di hospital terutamanya kanak-kanak pesakit kanser. [2]

Pendidikan

Iskandar Syah Ismail memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia di Universiti Bradford, England. Pada tahun 2003 beliau menghadiri kursus Caring Clown di Clown Camp di Universiti Wisconsin-La Crosse, Amerika Syarikat.

Pada tahun 2005, sekali lagi beliau ke Maine, Amerika Syarikat bagi berguru dengan Avner Eisenberg dan Julie Goell dalam bidang Eccentric Performing.[3]

Dan pada tahun 2013, beliau mendalami ilmu theatre clowning daripada Aitor Basauri.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Doktor Badut sejak tahun 2004.

Di samping itu, beliau juga terlibat dalam aktiviti menterjemah buku. Antara buku yang beliau terjemah ialah:

  • Leaving Microsoft to Change The World (Terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd Oktober 2011)[4]
  • Huyan dan Mimpy (Terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd November 2011)

Kerja Amal

Selain daripada itu, beliau juga mengusahakan projek perpustakaan di rumah anak yatim sejak tahun 2008. Sehingga kini sebanyak 19 buah perpustakaan di rumah anak yatim sudah ditubuhkan di seluruh Malaysia.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.