lagu yang dinyanyikan oleh Search pada tahun 1989 From Wikipedia, the free encyclopedia
Isabella adalah sebuah lagu dendangan kumpulan Search yang diterbitkan menerusi album studio ketiga mereka, Fenomena pada tahun 1989. Lagu Isabella telah mencipta fenomenanya sendiri apabila ia telah menjadi terkenal sehingga ke tanah seberang.
"Isabella" | |
---|---|
Lagu oleh Search | |
daripada album Fenomena | |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Dilancarkan | 1989 |
Format | |
Genre | Hard rock, Rock kapak, Balada |
Panjang | 5:08 |
Syarikat | BMG Pacific Sdn Bhd – PMC/MAL 1033 |
Penggubah | M. Nasir |
Penulis seni kata | Bob Lokman |
Penerbit | M. Nasir |
Senarai runut Fenomena | |
| |
"Isabella" di YouTube | |
sunting · sunting di Wikidata |
Dengan melodi merdu ciptaan M. Nasir, diiringi lirik indah nukilan Bob Lokman, tidak hairanlah mengapa lagu ini sangat diminati dan diingati oleh setiap golongan lapisan masyarakat.
Di arena muzik tanah air sendiri, lagu Isabella telah layak menyertai Anugerah Juara Lagu 1989 pada tahun itu. Mereka yang pertama kali menyertai pertandingan itu telah berjaya merangkul gelaran Juara menewaskan lagu dendangan kumpulan Illusi dan Ramlah Ram. Lebih membanggakan, mereka juga menang kategori persembahan terbaik dalam pertandingan itu.
Isabella adalah sebuah lagu berentak rock yang berdurasi selama 5 minit dan 8 saat, dicipta dan digubah oleh M. Nasir, manakala liriknya ditulis oleh Bob Lokman.[1]
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Isabella" | Bob Lokman | M. Nasir | 5:08 |
Anugerah Juara Lagu ke-4 | ||
---|---|---|
Tahun | Keputusan | |
1989 |
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.