From Wikipedia, the free encyclopedia
Institut Kanser Negara (IKN) merupakan sebuah institusi perubatan khusus yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). IKN berfungsi sebagai pusat rujukan utama untuk diagnosis, rawatan, dan penyelidikan penyakit kanser di Malaysia. Ia terletak di Putrajaya dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden serta teknologi terkini bagi rawatan kanser.
Institut Kanser Negara | |
---|---|
Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Geografi | |
Lokasi | Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia |
Organisasi | |
Pembiayaan | Awam |
Jenis | Pakar |
Perkhidmatan | |
Jabatan kecemasan | Ya |
Katil | 236 (2020) |
Sejarah | |
Diasaskan | 2013 |
Pautan | |
Laman sesawang | nci |
Institut Kanser Negara (IKN) ditubuhkan sebagai tindak balas terhadap peningkatan kadar kanser di Malaysia, dengan laporan pada tahun 2003 menunjukkan kanser menyumbang 9.34% daripada semua kematian di negara ini. Penubuhan IKN bertujuan memenuhi keperluan mendesak dalam menangani peningkatan kes kanser dan menyediakan rawatan kanser bertaraf dunia, selaras dengan aspirasi Wawasan 2020. Di bawah pengawasan Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang kehilangan isterinya akibat kanser pada tahun 2004, tapak seluas 1,065 ekar di Presint 7, Putrajaya dipilih untuk pembangunan IKN. Majlis Pecah Tanah berlangsung pada 9 Januari 2007, dengan perancangan dan pembinaan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). IKN menggunakan teknologi Building Information Modeling (BIM), menjadikannya projek pertama JKR yang menggunakan model ini. Pembinaan bermula pada 1 September 2010 dan disiapkan dalam masa kurang daripada tiga tahun melalui pendekatan fast track. Bangunan IKN mengaplikasikan sistem Industrialized Building System (IBS) dengan skor 70% dan mencatatkan rekod keselamatan cemerlang dengan 5 juta jam kerja tanpa kehilangan hari bekerja. IKN dibina dengan peralatan dan teknologi terkini, termasuk orientasi solar yang cekap tenaga serta reka bentuk dalaman yang mesra pengguna untuk mencipta suasana penyembuhan yang kondusif. Institut ini mula beroperasi pada 2 September 2013 dan menawarkan perkhidmatan khusus seperti Radioterapi & Onkologi, Perubatan Nuklear, Pembedahan Onkologi, serta Perawatan Paliatif, menjadikannya pusat kecemerlangan dalam perawatan kanser, penyelidikan, dan pendidikan di Malaysia.
Menjadi peneraju utama dalam pengurusan rawatan kanser, pendidikan dan penyelidikan ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser dan cancer survivor.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.