From Wikipedia, the free encyclopedia
Fasillah Sabry (lahir 15 Mac 1979) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan lagu "Keranamu Kekasih" yang menjadi lagu tema filem Gerak Khas The Movie.[2][3]
Illa Sabry | |
---|---|
Nama lahir | Fasillah binti Sabry |
Kelahiran | Kangar, Perlis, Malaysia | 15 Mac 1979
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi, ahli perniagaan |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2001–2004 |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Zamani |
Illa Sabry dilahirkan pada 15 Mac 1979 di Kangar, Perlis dan merupakan anak sulung daripada lima beradik dalam keluarganya.[1] Sebagai pelajar, beliau mengikuti kursus perakaunan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, namun berhenti kerana berpendapat ia bukan jurusan pilihan. Illa hampir terkandas kerana keputusan nilai gred purata (CGPA) di bawah paras bahaya. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).[1][4]
Illa memulakan kerjaya muzik pada 2001 apabila beliau melancarkan single sulungnya, "Keranamu Kekasih" yang terpilih sebagai lagu tema filem Gerak Khas The Movie arahan Yusof Haslam.[1] Beliau turut membuat penampilan kameo sebagai penyanyi pancaragam dalam filem itu. Beliau kemudian melancarkan album sulungnya, Jatuh Cinta yang memuatkan 10 lagu dengan empat daripadanya termasuk "Keranamu Kekasih" dikeluarkan sebagai single.[5] Illa juga berduet dengan vokalis kumpulan Slam, Zamani menerusi lagu "Saat Bahagia".[6] Beliau juga pernah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15, namun ia dimenangi oleh Maya Karin.
Tiga tahun kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyanyi. Beliau juga pernah bekerja sebagai perunding media dan perunding majlis.[1] Pada tahun 2011, Illa merancang untuk membuat kemunculan semula dalam industri muzik, namun tidak menjadi kenyataan.[1][7] Pada masa ini, beliau bergiat aktif menguruskan perniagaannya namun masih tetap aktif dalam bidang muzik.[8][9][10]
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Jatuh Cinta |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Keranamu Kekasih" | 2001 |
"Jatuh Cinta" | |
"Saat Bahagia" | |
"Episod Cinta" | |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2001 | Gerak Khas The Movie | Penyanyi pancaragam | Penampilan kameo. |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2001 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15 | Artis Baru Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.