Ikan hering

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ikan hering

Ikan hering adalah ikan ternakan, kebanyakannya tergolong dalam keluarga Clupeidae.

Herring
Thumb
Ikan hering Atlantik, Clupea harengus
Thumb
Global commercial capture of herrings
in million tonnes reported by the FAO 1950–2010[1]

Ikan hering sering bergerak dalamkawanan besar sekitar tebing ikan dan berhampiran pantai. Spesies yang paling banyak dan penting untuk pengkomersilan adalah genus Clupea, dijumpai terutamanya dalam perairan cetek suhu sederhana di Utara Pasifik dan Utara Atlantik, termasuk Laut Baltik, dan juga di luar pantai barat Amerika Selatan. Tiga spesies Clupea diiktiraf, dan menyediakan kira-kira 90% daripada semua ikan hering ditangkap dalam perikanan. Paling banyak sekali adalah ikan hering Atlantik, menyediakan lebih separuh daripada semua tangkapan ikan hering. Ikan yang dipanggil ikan hering juga terdapat di India, di Laut Arab, Lautan Hindi dan Teluk Bengal.

Ikan hering memainkan peranan penting dalam sejarah perikanan marin di Eropah,[2] dan awal abad kedua puluh, kajian mereka menjadi asas kepada evolusi sains perikanan.[3][4] Ikan berminyak ini[5] juga mempunyai sejarah yang panjang sebagai penting ikan makanan, dan juga sering diasinkan, disalai, atau diperam.

Thumb
"Malam Selasa lepas tiga lelaki berjumpa di Crown Inn, Everley, dan untuk taruhan remeh-temeh, memakan 60 ikan hering merah, dengan tiga setengah gelen roti, dan minum enam gelen bir"[6] - 1792

Sebagai makanan

Thumb
Hering salai

Ikan hering telah menjadi sumber ruji makanan sejak sekurang-kurangnya 3000 SM. Terdapat banyak cara ikan ini dihidangkan dan banyak resipi serantau: dimakan mentah, dipekasam, dijeruk, atau diawet dengan teknik-teknik lain, seperti salai.

Ikan hering adalah sangat tinggi dalam rantaian panjang asid lemak omega-3 EPA dan DHA.[7]

Pencemaran air mempengaruhi jumlah ikan hering yang boleh diambil dengan selamat. Sebagai contoh, ikan hering Baltik besar mempunyai PCB dan dioksin dengan nilai sedikit melebihi had yang disyorkan, walaupun beberapa sumber menunjukkan bahawa kesan pengurangan barah asid lemak omega-3 adalah secara statistik lebih kuat daripada kesan penyebab barah yang disebabkan oleh PCB dan dioksin.[8] Tahap bahan cemar bergantung kepada umur ikan yang boleh disimpulkan daripada saiz mereka. Ikan hering Baltik lebih besar daripada 17 cm boleh dimakan dua kali sebulan, manakala ikan hering lebih kecil daripada 17 cm boleh dimakan dengan bebas.[9] Raksa dalam ikan juga mempengaruhi jumlah ikan yang selamat dimakan oleh wanita hamil atau merancang untuk hamil dalam masa satu atau dua tahun akan datang.

Lihat juga

  • Corak tulang hering

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.