From Wikipedia, the free encyclopedia
Hydrophiinae (ular laut) merupakan sebuah subkeluarga ular Elapidae yang menduduki persekitaran laut sepanjang hayat. Biarpun berevolusi dari leluhur daratan, namun kebanyakannya cukup menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam air sepenuhnya dan tidak dapat bergerak di atas darat kecuali genus Laticauda yang masih memelihara ciri-ciri leluhurnya dengan pergerakan darat yang terbatas. Ular laut ditemui di perairan tepi pantai yang panas dari Lautan Hindi hingga Pasifik.
Hydrophiinae | |
---|---|
Ular laut berperut kuning, Pelamis platurus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | Hydrophiinae Smith, 1926 |
taburan ular laut bertanda warna hijau limau |
Kesemuanya memiliki ekor seakan dayung dan kebanyakannya memiliki badan yang mampat di sisian seakan-akan belut. Tidak seperti ikan, ular laut tiada insang dan mesti kerap timbul di permukaan untuk bernafas. Ular laut adalah antara vertebrat penafas udara yang paling akuatik.[1] Dalam kalangan kumpulan ini terdapat antara jenis ular yang paling berbisa daripada semua ular. Ada yang berangin baik dan hanya mematuk apabila diancam, dan ada juga yang jauh lebih ganas. Kini, 17 genus telah dikenal pasti sebagai ular laut yang terdiri daripada 62 spesies.[2][3]
Asalnya, ular laut dianggap sebagai keluarga Hydrophiidae yang bersatu dan berasingan, kemudian dipecahkan kepada dua subfamili, iaitu: Hydrophiinae atau ular laut sejati (kini 16 genus dengan 57 spesies), dan Laticaudinae atau krait laut yang lebih primitif (satu genus, Laticauda, dengan lima spesies). Akhirnya, setelah menjadi jelas betapa rapatnya ular laut dengan Elapidae, keadaan taksonomi menjadi kurang jitu takrifnya. Sesetengah ahli taksonomi membalas dengan mengalihkan ular laut ke Elapidae untuk mewujudkan subkeluarga Elapinae, Hydrophiinae dan Laticaudinae, tetapi Laticaudinae boleh digugurkan jika Laticauda digolongkan dalam Hydrophiinae. Belum ada sesiapa lagi yang dapat mengaitkan hubungan-hubungan filogenetik antara pelbagai subkumpulan elapid dengan cukup meyakinkan, maka keadaannya masih tidak jelas. Oleh itu, yang lain pula memilih sama ada untuk terus mengusahakan susunan lama atas sebab praktik semata-mata ataupun menggumpalkan semua genus sekali ke dalam Elapidae tanpa sebarang pemecahan taksnomi untuk mencerminkan kerja yang masih perlu diusahakan.[2][3][4][5]
Genus[2][3] | Pengarang takson[2] | Spesies[2] | Subsp.*[2] | Taburan geografi[3] |
---|---|---|---|---|
Acalyptophis | Boulenger, 1896 | 1 | 0 | Teluk Thailand, Laut China Selatan, Selat Taiwan, dan pantai Guangdong, Indonesia, Filipina, New Guinea, New Caledonia, Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat) |
Aipysurus | Lacépède, 1804 | 7 | 1 | Laut Timor, Laut China Selatan, Teluk Thailand, dan pantai Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), New Caledonia, Kepulauan Loyalty, selatan New Guinea, Indonesia, barat Malaysia dan Vietnam |
Astrotia | Fischer, 1855 | 1 | 0 | kawasan pantai dari barat India dan Sri Lanka melalui Teluk Thailand hingga Laut China Selatan, barat Malaysia, Indonesia, ke timur hingga New Guinea, pantai timur dan utara Australia, Filipina |
Emydocephalus | Krefft, 1869 | 2 | 0 | pantai Timor (Laut Indonesia), New Caledonia, Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), dan laut Asia Tenggara sepanjang pantai China, Taiwan, Jepun, dan Kepulauan Ryukyu |
Enhydrina | Gray, 1849 | 2 | 0 | di Teluk Parsi (Oman, Emiriah Arab Bersatu, dsb.), ke selatan hingga Seychelles dan Madagascar,
Asia Tenggara (Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Vietnam), Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), New Guinea dan Papua New Guinea |
Ephalophis | M.A. Smith, 1931 | 1 | 0 | barat laut Australia |
Hydrelaps | Boulenger, 1896 | 1 | 0 | utara Australia, selatan New Guinea |
Hydrophis | Latreille in Sonnini & Latreille, 1801 | 34 | 3 | Perairan Indo-Australia dan Asia Tenggara.[6] |
Kerilia | Gray, 1849 | 1 | 0 | Perairan Asia Tenggara[6] |
Kolpophis | M.A. Smith, 1926 | 1 | 0 | Lautan Hindi[6] |
Lapemis | Gray, 1835 | 2 | 0 | Teluk Parsi hingga Lautan Hindi, Laut China Selatan, Kepulauan Indo-Australia dan barat Lautan Pasifik[6] |
Laticauda | Laurenti, 1768 | 5 | 0 | Perairan Asia Tenggara dan Indo-Australia |
Parahydrophis | Burger & Natsuno, 1974 | 1 | 0 | utara Australia, selatan New Guinea |
Parapistocalamus | Roux, 1934 | 1 | 0 | Pulau Bougainville, Kepulauan Solomon |
Pelamis | Daudin, 1803 | 1 | 0 | Lautan Hindi dan Pasifik |
Praescutata | Wall, 1921 | 1 | 0 | dari Teluk Parsi hingga Lautan Hindi, Laut China Selatan, dan ke timur laut hingga kawasan pantai Fujian dan Selat Taiwan |
Thalassophis | P. Schmidt, 1852 | 1 | 0 | Laut China Selatan (Malaysia, Teluk Thailand), Lautan Hindi (Sumatra, Jawa, Borneo) |
*) Tidak termasuk subspesies nominat
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.