Hukum Lenz

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hukum Lenz

Hukum Lenz (disebut /ˈlɛnts/) dinamakan sempena nama ahli fizik Emil Lenz yang merumuskannya pada tahun 1834,[1] menyatakan bahawa arah arus yang teraruh dalam suatu konduktor oleh medan magnet berubah sedemikian rupa sehingga medan magnet yang dicipta oleh arus induksi menentang medan magnet berubah awal.

Thumb
Hukum Lenz menyatakan bahawa arus teraruh yang terhasil sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan yang menghasilkannya.

Konsep Lenz

Apabila sebatang magnet digerakkan ke dalam atau keluar dari suatu solenoid, peraturan tangan kanan Fleming adalah tidak sesuai digunakan untuk menentukan arah arus teraruh di dalam gegelung solenoid. Dengan ini hukum Lenz digunakan untuk meramal arah arus teraruh di dalam solenoid.

Apabila kutub utara magnet digerakkan menghampiri solenoid, arus teraruh dalam solenoid menghasilkan suatu medan magnet, kutub utara magnet menentang gerakan magnet. Hal ini menyebabkan suatu daya tolakan wujud antara magnet dengan solenoid. Sekiranya magnet digerakkan supaya menjauhi solenoid, arus teraruh dalam solenoid menghasilkan suatu medan magnet untuk menarik magnet.

Hukum Lenz mematuhi prinsip keabadian tenaga. Dalam aruhan elektromagnet bagi sesuatu solenoid, kerja dilakukan oleh daya luar terhadap daya bertentangan dari gerakan magnet. Kerja terhadap daya tentangan magnet berubah menjadi tenaga elektrik.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.