Hospital Duchess of Kent

hospital di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Hospital Duchess of Kentmap

Hospital Duchess of Kent (HDOK) ialah sebuah hospital kerajaan terletak sekitar 3.2 kilometer daripada pusat bandar Sandakan, Sabah, Malaysia. Hospital ini luasnya sekitar 42.93 ekar, dengan luas bangunan hospital terdiri daripada 2,245.3 persegi meter.[2] Nama ini dinamakan sempena puteri British Puteri Marina, Duchess Kent.[1]

Fakta Segera Nama, Dinamakan sempena ...
Hospital Duchess of Kent
Thumb
Bangunan Hospital Duchess of Kent.
Thumb
5°51′31″N 118°6′12″E
Sandakan, Sabah
Nama
Dinamakan sempenaPuteri Marina dari Greece dan Denmark
Organisasi
Sistem penjagaanHospital kerajaan
PembiayaanKementerian Kesihatan
Sejarah
Dibuka1952[1]
Perangkaan
Katil400[2]
Pautan luar
Tapak sesawanghdok.moh.gov.my
Media sosial
Portal perubatan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Sejarah

Tapak Hospital Duchess of Kent kini merupakan bekas tapak bangunan kayu lama yang dibina oleh British pada tahun 1900. Ketika Perang Dunia II, bangunan lama itu hancur oleh serangan Tentera Jepun.[3] Selepas perang berakhir, sebuah bangunan moden kemudian dibina oleh British pada tahun 1951. Bangunan ini dirasmikan oleh YTM Duchess Kent Puteri Marina pada 20 Oktober 1952 dan dinamakan sempenanya,[1] sebelum habis disiapkan pada tahun 1953. Bermula dari tahun 1996, bangunan ini mengalami lebih banyak pengubahsuaian dengan penambahan lebih banyak blok bangunan, dengan satu bangunan pakar pada tahun 1999, bangunan penyimpanan pada tahun 2001, bangunan forensik pada tahun 2002 dan bangunan tambahan untuk wad hospital pada tahun 2007.[4]

Alamat

Hospital Duchess of Kent
KM 3.2 Jalan Utara
90000 Sandakan
Sabah
Malaysia

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.