From Wikipedia, the free encyclopedia
Generasi ketujuh Honda Civic dilancarkan pada September 2000 sebagai model 2001. Berbanding dengan pendahulunya, ia mengekalkan dimensi luaran yang sama, tetapi ruangan dalamannya bertambah secara nyata, melonjakkan Civic ke segmen kereta padat. Terdapat lantai belakang rata untuk keselesaan penumpang belakang. Ia merupakan Civic pertama yang tidak menggunakan sistem gantungan jenis double wishbone, yang sudah lama digunakan antara generasi keempat hingga keenam serta popular di kalangan pelumba haram; sebaliknya, ia digantikan dengan topang MacPherson yang lebih mudah serta jimat ruang.
Generasi ketujuh (EU/ES/EP/EM) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Honda |
Pengeluaran | 2000–2005 |
Tahun model | 2001–2005 |
Pemasangan | Swindon, England Suzuka, Jepun East Liberty, Ohio Alliston, Ontario, Kanada Lahore, Pakistan Hsinchu, Taiwan (End 2002) Ayutthaya, Thailand Alor Gajah, Malaysia Sumaré, Brasil |
Pendahulu | Honda Civic (generasi keenam) |
Pengganti | Honda Civic (generasi kelapan) |
Kelas | Kereta padat |
Gaya badan | Coupe 2 pintu (EM) Hatchback 3 pintu (EP) Sedan 4 pintu (ES) Hatchback 5 pintu (EU) |
Reka letak | FF |
Enjin | 1.5 L D15Z6 I4
1.5 L D15Y2 I4 1.6 L D16W7 I4 1.7 L D17A1 I4 1.7 L D17A6 I4 1.7 L D17A2 I4 2.0 L K20A3 I4 2.0 L K20A I4 |
Penghantaran | Automatik 4 kelajuan Manual 5 kelajuan Manual 6 kelajuan |
Jarak roda | 103.1 in (2,619 mm) (sedan/coupe) 101.6 in (2,581 mm) (hatchback 3 pintu) |
Panjang | 174.7 in (4,437 mm) (2001-03 coupe) 174.6 in (4,435 mm) (2001-03 sedan) 168.4 in (4,277 mm) (hatchback 3 pintu) 175.4 in (4,455 mm) (2004-05 sedan/coupe) |
Lebar | 67.7 in (1,720 mm) |
Tinggi | 55.1 in (coupe) 56.7 in (1,440 mm) (sedan) 58.7 in (1,491 mm) (hatchback 3 pintu) |
Berat Curb | 2,744 lb (1,245 kg) (hatchback 2 pintu) 2,405 lb (1,091 kg) (coupe 2 pintu) 2,421 lb (1,098 kg) (sedan 4 pintu) |
Muatan | 13.2 US gal (50 L; 11 imp gal) |
Berkait | Honda Element Acura RSX Honda Integra Acura EL Honda CR-V Honda Stream |
Bagi pasaran Malaysia, pilihan utama enjin ialah enjin 1.7L yang menghasilkan 115 hp (86 kW), manakala pilihan enjin 2.0L i-VTEC baharu yang menghasilkan 155 hp (116 kW) turut ditawarkan. Pada tahun 2004, Civic diberikan lampu hadapan yang diperbaharui bersama-sama bampar dan gril baharu.
Versi hibrid mula dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2003. Ia menggunakan enjin petrol 1.3 L I4 yang digandingkan dengan motor elektrik, menghasilkan keluaran kuasa gabungan 93 hp. Motor elektrik tersebut mendapat bekalan elektrik daripada bateri yang dicas melalui pembrekan jana semula semasa nyahpecutan, sekaligus mengurangkan pelepasan asap serta meningkatkan kadar penjimatan bahan api kepada 46 bsg bandar raya / 51 bsg lebuh raya dengan transmisi manual menurut anggaran penggunaan bahan api EPA.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.