From Wikipedia, the free encyclopedia
Hitam Putih Kehidupan merupakan album kompilasi oleh penyanyi yang terkenal iaitu Sheila Majid, Sharifah Aini, Sudirman Haji Arshad, Azlina Aziz, Jay Jay dan ramai lagi. Album kompilasi ini merupakan terbitan EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. bersama Jawatankuasa Album Anti Dadah (ANDA) yang dikeluarkan pada tahun 1987. Album ini juga sebagai usaha untuk memerangi gejala dadah pada masa itu. Di samping itu, album ini turut mendapat sokongan daripada perdana menteri ketika itu, Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah Mohamad Ali.
Hitam Putih Kehidupan | ||||
---|---|---|---|---|
Fail:Hitam Putih Kehidupan.jpg | ||||
Album himpunan oleh pelbagai | ||||
Dilancarkan pada | 1987 | |||
Dirakamkan pada | 1987 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | pop balad 80s | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Pemadam | |||
Penerbit | Fauzi Marzuki & Adnan Abu Hassan | |||
Kronologi pelbagai | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Walaupun pembikinan album ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, telah tercetus sedikit kontroversi apabila kulit asal album ini telah dikatakan ditiru daripada kulit album sebuah kumpulan dari Barat dengan memaparkan tangan yang sedang memegang jeriji kandang penjara. Kemudiannya, gambar tersebut telah dipadamkan dan hanya berlatar belakangkan gambar hitam putih.[1]
Muka Satu | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Mereka Yang Rebah" | Nyanyian ramai | ||||||||
2. | "Hitam Putih Kehidupan" | Sheila Majid | ||||||||
3. | "Kekesalan" | Jay Jay | ||||||||
4. | "Istana Pasir" | Sharifah Aini | ||||||||
5. | "Kembalilah" | Kumpulan Pelangi |
Muka Dua | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Hubungan Dua Hala" | M. Shariff | ||||||||
2. | "Dulu, Kini Dan Selamanya" | Azlina Aziz | ||||||||
3. | "Abang Jangan Cuba" | Sudirman | ||||||||
4. | "Bunga Harapan" | Nyanyian ramai | ||||||||
5. | "Mereka Yang Rebah" | Nyanyian ramai |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.