Hilang (drama web)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Hilang ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2022 arahan bersama Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi dengan skrip oleh Qamarul Hassan, Arshad Adam, Farah Alya As'ari, Rahim Ramli, Omar Yunus, Taqim Zaki, Hariry Jalil dan Bainun Waheeda. Dibintangi oleh Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha dan Jasmine Suraya Chin, siri ini disiarkan di platform penstriman Viu dari 17 November 2022 sehingga 15 Disember 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[1][2][3]

Fakta Segera Genre, Ditulis oleh ...
Remove ads
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang Inspektor Munir, seorang penduduk tempatan dalam sebuah bandar fiksyen, Seri Daik yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat satu kes pembunuhan seorang remaja perempuan. Munir bertemu dengan Yusof, seorang guru agama yang dituduh oleh Munir sebagai punca kematian adiknya semasa satu upacara rawatan yang gagal. Yusof percaya yang pelakunya bukanlah dari dunia ini. Apabila seorang lagi remaja hilang atas sebab misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Seri Daik.

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Penerbitan

Hilang diarahkan bersama oleh Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi yang sebelum ini mengarahkan bersama drama Black musim kedua. Menurut Ghaz, kerjasamanya bersama Sein dalam mengarahkan drama ini tidak berdepan dengan masalah kerana mereka memiliki minat yang sama.[2]

Keluaran

Hilang memulakan siaran di Viu bermula 17 November 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[2][7] Ia juga disiarkan di Astro Ria setiap Khamis dan Jumaat.[8]

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads