From Wikipedia, the free encyclopedia
Hilang ialah album sulung oleh penyanyi pop Malaysia kelahiran Sabah, Guba Rawantas, dikeluarkan pada 18 Julai 2012 oleh Laguna Music.[1][2][3] Ia memuatkan lagu seperti "Aku Pergi" dan "You're So Fine",[4] sebuah duet bersama Yuna Zarai. Album ini menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-20.[5] Sesi pradengar album Hilang di Wowloud diadakan pada 11 Julai 2012, iaitu 7 hari sebelum pelancaran rasmi.[6]
Hilang | |
---|---|
Album studio oleh | |
Dilancarkan pada | 18 Julai 2012 |
Dirakamkan pada | 2011–2012 |
Studio |
|
Genre | Pop, R&B |
Syarikat | Laguna Music |
Penerbit | Jeffrey Little, Jason Voo, Saiful Ridzuan |
Single daripada Hilang | |
| |
sunting · sunting di Wikidata |
Penerbitan album Hilang melibatkan enam jurutera rakaman di tiga studio rakaman yang berbeza. Diketuai oleh penerbit, Jeffrey Little (Prana, Estrella, SevenCollar T-Shirt, PureVibracion) yang bekerjasama dengan rakan-rakan lain; Saiful Ridzuan (SevenCollar T-Shirt, Estrella) dan Jason Voo bersama-sama dengan pemuzik-pemuzik lain. Album ini mengambil masa dalam tempoh setahun untuk disiapkan. Album ini telah diadun oleh Mohd Hafiz (Pesawat, Lab the Rat) di Tune Studios, manakala mastering oleh Joe Gastwirt (311, Pearl Jam, Grateful Dead) di Los Angeles, Amerika Syarikat.[7]
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Purple River" | 3:47 | |
2. | "Oh Please" | 3:10 | |
3. | "You and Me" | 3:41 | |
4. | "You're So Fine" (menampilkan Yuna) | 3:58 | |
5. | "Aku Pergi" | 3:45 | |
6. | "Sunday Morning" | 2:51 | |
7. | "Alright" | 4:52 | |
8. | "A Beauty Company" (menampilkan Diana Danielle) | 3:42 | |
9. | "Did We" | 2:32 | |
10. | "Hilang" | 4:16 |
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 18 Julai 2012 | Muat turun digital[8] Penstriman digital[9] |
Laguna Music |
Diperoleh dari catatan media album:[10]
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013[5] | Anugerah Industri Muzik ke-20 | Guba dan Yuna Zarai | Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu | Tercalon |
"You're So Fine" | Lagu Inggeris Tempatan Terbaik | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.