Pemain bola sepak From Wikipedia, the free encyclopedia
Hidetoshi Nakata, Cavaliere OSSI (中田 英寿 , Nakata Hidetoshi, lahir 22 Januari 1977 di Wilayah Yamanashi), merupakan bekas pemain bola sepak Jepun. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak Asia paling terkenal dari generasinya.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 22 Januari 1977 | ||
Tempat lahir | Kofu, Yamanashi, Jepun | ||
Ketinggian | 5 ft 9 in (1.75 m) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
1986–1989 | Hokushin Boys Soccer Club | ||
1989–1992 | Kofu Kita Jr. H.S. | ||
1992–1995 | Nirasaki H.S. | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1995–1998 | Bellmare Hiratsuka | 85 | (16) |
1998–2000 | Perugia | 48 | (12) |
2000–2001 | Roma | 30 | (5) |
2001–2004 | Parma | 67 | (5) |
2004 | → Bologna (pinjaman) | 17 | (2) |
2004–2006 | Fiorentina | 20 | (0) |
2005–2006 | → Bolton Wanderers (pinjaman) | 21 | (1) |
Jumlah | 288 | (41) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1991–1993 | Jepun B-17 | 6 | (2) |
1994–1995 | Jepun B-20 | 12 | (6) |
1995–2000 | Jepun B-23 | 12 | (3) |
1997–2006[1] | Jepun | 77 | (11) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Nakata memulakan karier professionalnya pada tahun 1995 dan memenangi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia pada tahun 1997 dan 1998, Scudetto bersama A.S. Roma pada tahun 2001, bermain untuk Jepun di tiga pertandingan Piala Dunia FIFA (1998, 2002 dan 2006) dan bermain dalam Sukan Olimpik dua kali (1996 dan 2000). Pada tahun 2005, beliau dijadikan Knight of the Order of the Star of Italian Solidarity, salah satu daripada penghormatan tertinggi Itali, kerana meningkatkan imej negara itu di negara luar.[2] Nakata juga terlibat dalam fesyen, kerap hadir ketika pertunjukan runway dan memakai pakaian berjenama terkenal.
Nakata mengumumkan persaraan ketika berumur 29 tahun pada 3 Julai 2006 selepas sepuluh tahun karier termasuk tujuh musim dalam liga Itali, Serie A dan satu musim dalam Liga Perdana Inggeris. Pada bulan Mac 2004, Pelé menamakan Nakata dalam FIFA 100.
Nakata memulakan karier professionalnya ketika berumur 18 pada tahun 1995, bersama pasukan Liga J., Bellmare Hiratsuka (sekarang Shonan Bellmare). Selepas Piala Dunia 1998 di Perancis, Nakata ditandatangani oleh kelab Serie A, A.C. Perugia dengan yuran 4J AS$,[3] menjadikannya pemain Jepun kedua untuk beraksi dalam liga tertinggi Itali selepas Kazu Miura beraksi bersama Genoa empat tahun lebih awal. Semasa musim pertamanya di Itali, Nakata menjaringkan 10 gol, tertinggi untuk dirinya dalam semusim.
Pada bulan Januari 2000, selepas satu setengah musim di Perugia, Nakata berpindah ke Roma dengan nilai 42 Bilion ITL (€21.691 juta)[4] membantu kelab itu memenangi scudetto. Kemuncak kerjaya Nakata di Roma datang pada 6 Mei 2001 ketika perlawanan Serie A menentang Juventus di Stadio Delle Alpi. Selepas menggantikan Francesco Totti ketika separuh masa kedua dengan Roma ketinggalan 0–2, Nakata menjaringkan gol dari jarak 30-ela melepasi jangkauan penjaga gol Juventus Edwin van der Sar, dengan perlawanan berbaki 11 minit. Nakata kemudiannya membantu Roma mengikat kedudukan dengan Vincenzo Montella menjaringkan gol untuk Roma pada minit akhir. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2–2 dan Roma mengekalkan kelebihan enam mata di puncak liga.[5]
Ketika musim panas tahun 2001, Nakata menyerti Parma[6] dengan nilai 55 bilion lire (€28.4 juta)[7][8] di mana beliau bermain dua musim setengah.
Pada bulan Januari 2004, Nakata menyertai Bologna di mana dia bermain untuk baki musim 2003–04 sebelum berpindah ke Fiorentina, di mana dia bermain untuk musim berikutnya. Pada bulan Ogos 2005, Nakata berpindah ke kelab Liga Perdana, Bolton Wanderers secara pinjaman. Ketika musimnnya di Bolton, di mana merupakan musim terakhir karier professionalnya, beliau menjaringkan gol sekali dalam liga, ketika kemenangan 2–0 ke atas West Bromwich Albion.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.