From Wikipedia, the free encyclopedia
Herman Tino mencipta nama sebagai seorang penyanyi pada tahun 1981-1986. Beliau dilahirkan pada 5 Disember 1954 di Tanjong Karang, Kuala Selangor. Nama sebenar beliau ialah Masrun bin Tamsi dan berketurunan Jawa.
Herman Tino | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Masrun bin Tamsi |
Kelahiran | 5 Disember 1954 |
Berasal dari | Tanjong Karang, Selangor, Malaysia |
Genre | Asli & POP Melayu |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1981–kini |
Syarikat rakaman | EMI |
Pasangan | Noraini Ibnu |
Herman Tino pertama kali muncul dengan album Mengapa Dikenang Mengapa Difikir pada tahun 1983 dan berjaya mencipta fenomena ketika itu. Lagunya berjaya bertahan di dalam carta lagu radio selama berpuluh minggu ketika itu.
Beliau pernah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak pada tahun 1989 sebagai tanda protes terhadap suatu perkara yang sehingga kini masih lagi misteri. Beliau tidak pernah memberitahu apakah sebabnya beliau mengambil keputusan berjalan kaki sejauh itu pada ketika itu.
Terbaru, pada tahun 2013 beliau juga telah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanjung Karang sebagai simbolik ketika beliau bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 di Parlimen Tanjung Karang.
Beliau juga telah muncul berlakon di dalam beberapa drama dan filem tempatan Malaysia.
Antara lagu Herman Tino yang masih hangat hingga kini ialah Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Pelita Dalam Kabus, Berkorban Apa Saja, Yale Yale, Makan Sirih, Kamar Sepi, Ojo Kesandung, Cinta Tertahan Tahan, Kupendam Biarpun Parah dan banyak lagi.
Beliau menyertai pilihan raya umum Malaysia 2013 sebagai calon bebas, bertanding kerusi parlimen Tanjung Karang.[1] Tetapi kalah teruk kerana tiada penyokong.
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Kampung Kolesterol | Ayah Pink | TV9 | Penampilan khas |
2023 | Nak Dengar Cerita Hantu? | DEGUP |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.