From Wikipedia, the free encyclopedia
Herbert Friedrich Wilhelm Backe (1 Mei 1896 – 6 April 1947) adalah seorang ahli politik Jerman dan pegawai SS semasa era Nazi. Beliau membangun dan melaksanakan Pelan Kebuluran yang mencadangkan kematian dengan cara mengkebulurkan berjuta "orang tak berguna" Slavik dan Yahudi berikutan Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan 1941 ke atas Soviet Union.
Herbert Backe | |
---|---|
Menteri Reich bagi Pemakanan dan Pertanian | |
Dalam jawatan 23 Mei 1942 – 30 April 1945 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Richard Walther Darré |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Herbert Friedrich Wilhelm Backe 1 Mei 1896 Batumi, Kutais Governorate, Empayar Rusia |
Meninggal dunia | 6 April 1947 50) Nuremberg, Bavaria, Jerman taklukan Eropah | (umur
Kerakyatan | Jerman |
Parti politik | Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional |
Alma mater | Universiti Göttingen |
Profesion | Ahli agronomi |
Pelan ini telah dibuat semasa fasa perancangan untuk pencerobohan Wehrmacht dan persediaan untuk mengalihkan bahan-bahan makanan Ukraine jauh daripada tengah dan utara Rusia serta mengalihkannya untuk kepentingan tentera penceroboh dan penduduk di Jerman. Akibatnya, berjuta orang awam maut di wilayah-wilayah taklukan Jerman. Ditangkap pada tahun 1945 dan telah dibicarakan untuk jenayah perang di Nuremberg dalam Perbicaraan Kementerian, beliau membunuh diri di penjara pada 1947.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.