Remove ads
United States general From Wikipedia, the free encyclopedia
Henry Harley "Hap" Arnold (25 Jun 1886 – 15 Januari 1950) adalah seorang pegawai kanan yang menyandang 2 gred Jeneral tertinggi iaitu Jeneral Angkatan Darat dan kemudian Jeneral Angkatan Udara. Arnold merupakan seorang perintis pasukan penerbangan, menjadi Ketua Kor Udara (1938–1941), kemudian Panglima Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat ketika Perang Dunia II, satu-satunya jeneral Tentera Udara yang memegang pangkat lima bintang, dan satu-satunya orang yang menyandang pangkat lima bintang dalam dua cabang tentera A.S. yang berlainan. Arnold juga merupakan pengasas Projek RAND, yang berubah menjadi salah sebuah kumpulan pemikir polisi global bukan keuntungan terbesar dunia, iaitu Perbadanan RAND, dan salah seorang pengasas Pan American World Airways.
Jeneral Angkatan Udara Henry H. Arnold | |
---|---|
Nama lahir | Henry Harley Arnold |
Nama samaran | Hap |
Kelahiran | Gladwyne, Pennsylvania | 25 Jun 1886
Meninggal dunia | 15 Januari 1950 63) Sonoma, California | (umur
Tempat bersemadi | Tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Infantri, Tentera Darat A.S. Bahagian Aeronautik, Kor Semboyan Seksyen Penerbangan, Kor Semboyan Perkhidmatan Udara, Tentera Darat Amerika Syarikat Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Udara Amerika Syarikat |
Pangkat | Jeneral Angkatan Darat Jeneral Angkatan Udara |
Jumlah perkhidmatan | O-2255 |
Arahan | Angkatan Udara Tentera Darat A.S. Tentera Udara KeduaPuluh Wing 1, MK Tentera Udara |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Army Distinguished Service Medal Legion of Merit Distinguished Flying Cross Air Medal |
Dilatih memandu kapal terbang oleh Wright bersaudara, Arnold merupakan salah seorang juruterbang tentera pertama dunia, dan salah seorang dari tiga juruterbang mahir yang terawal dalam sejarah Tentera Udara Amerika Syarikat. Beliau mengatasi perasaan takut terbang yang berpunca dari pengalaman awalnya memandu kapal terbang, menyelia pembesaran Perkhidmatan Udara sewaktu Perang Dunia I, dan menjadi protégé Jen. Billy Mitchell.
Arnold naik memerintah Army Air Forces sebelum kemasukkan A.S. kedalam Perang Dunia II dan mengarah perkembangan beratus kali ganda daripada sebuah organisasi yang hanya berjumlah 20,000 orang dan 800 pesawat tempur barisan pertama kepada tentera udara yang terbesar dan paling berkuasa di dunia. Seorang penganjur teknologi penyelidikan dan pembangunan, tempoh perkhidmatan beliau menyaksikan pembangunan pengebom antara benua, jet pejuang, penggunaan meluas radar, angkut udara global dan peperangan atom sebagai kuasa utama udara moden.
Nama timangan Arnold yang paling banyak digunakan, "Hap," adalah singkatan bagi "Happy," dikaitkan dengan rakan sekerja beliau ketika bekerja secara sambilan sebagai juruterbang lagak ngeri untuk filem senyap atau dengan isterinya, yang mula menggunakan nama timangan dalam surat-menyurat beliau pada tahun 1931 berikutan kematian ibu Arnold. Beliau telah dipanggil Harley oleh keluarganya semasa remaja, dan "Sunny" oleh ibu dan isterinya. Arnold dikenali oleh rakan sekelas West Point sebagai "Pewt" atau "Benny". Bagi orang bawahan yang rapat dan kakitangan ibu pejabat, beliau dipanggil sebagai "The Chief."
Semua tarikh pangkat diperolehi daripada Kajian Sejarah AF No. 91 dan susunan kronologi.
Kadet, Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, New York, 1903 | |
tiada lencana pangkat pada 1907 |
Leftenan Kedua, Infantri: June 14, 1907 |
Leftenan Pertama, Infantri: April 10, 1913 | |
Kapten, Seksyen Penerbangan, Kor Semboyan (ASSC): May 20, 1916 | |
Kapten, Infantri: September 23, 1916 | |
Mejar, ASSC: June 27, 1917 | |
Kolonel, Kor Semboyan, National Army: August 5, 1917 | |
Mejar, Infantri: —Sementara: January 15, 1918 | |
Mejar, Perkhidmatan Udara: August 11, 1920 | |
Leftenan Kolonel, Kor Udara: February 1, 1931 | |
Brigedier Jeneral: —Sementara: March 2, 1935 | |
Kolonel, Kor Udara: March 1, 1936 | |
Mejar Jeneral: —Ketua Kor Udara: September 22, 1938 —Tetap: February 3, 1941 | |
Leftenan Jeneral, Tentera Darat Amerika Syarikat: December 15, 1941 | |
Jeneral, Tentera Darat Amerika Syarikat: March 19, 1943 | |
Jeneral Angkatan Darat: —Sementara, Tentera Darat Amerika Syarikat: December 21, 1944 —Tetap: March 23, 1946 | |
Bersara dari perkhidmatan: June 30, 1946 | |
Jeneral Angkatan Udara, Tentera Udara Amerika Syarikat: May 7, 1949 |
SUMBER: AF Historical Study No. 91.
Command Pilot | |||||
Distinguished Service Medal (October 1942, September 1945, October 1945) | |||||
Legion of Merit | Distinguished Flying Cross | Air Medal | World War I Victory Medal with 2 campaign stars | ||
American Defense Service Medal | American Campaign Medal | European-African-Middle Eastern Campaign Medal | Asiatic-Pacific Campaign Medal | ||
World War II Victory Medal | Grand Cross of the Order of the Southern Cross (Brazil) | Grand Cross of the Légion d'honneur (Perancis) | Grand Cross of the Order of the Aztec Eagle (Mexico) | ||
Knight Grand Cross of the Order of the Bath (United Kingdom) | Grand Cross of the Order of Ouissam Alaouite (Morocco) | Grand Commander of the Order of the Sun (Peru) | Medal of Military Merit (Mexico) | ||
Military Aviator badge | |||||
|quotes=
(bantuan) (Part I)|quotes=
(bantuan)CS1 maint: numeric names: authors list (link) (Part II)Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Henry H. Arnold. |
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mej. Jen. Oscar M. Westover |
Ketua Kor Udara 1938–1941 |
Diikuti oleh: Mej. Jen. George H. Brett |
Didahului oleh Jawatan baru |
Panglima Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat 1941 — 1946 |
Diikuti oleh: Jen. Carl Spaatz |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.