From Wikipedia, the free encyclopedia
Hedju Hor ialah penguasa di utara Mesir dari Zaman Pradinasti.[1][2] Kewujudannya adalah suatu kontroversi.
Diperkirakan oleh beberapa sarjana bahawa pemerintahannya sekitar 3200 SM, walaupun perincian yang tepat tentang pemerintahannya buat masa ini masih belum tersedia, memandangkan pemerintahannya berada di zaman prasejarah. Hampir tidak ada yang diketahui tentang pemerintahannya, kerana beliau hanya diketahui dari prasasti yang terdapat di wilayah Delta dan serpihan tembikar dari Tura. Ramai yang menduga bahawa beliau mungkin firaun pertama Mesir Hilir, atau yang terakhir atau bahawa beliau adalah anggota Dinasti 0.
Hedju-Hor hanya dikenali dari dua kendi tanah liat dari Tura[3] di Delta Nil timur dan satu dari Abu Zeidan di hujung timur laut Delta Nil, di mana serekhnya muncul.[4]
Hedju-Hor tidak mempunyai makam yang diketahui dan tidak terdapat dalam teks Batu Palermo, senarai raja tertua yang diketahui.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.