Cuti
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perkataan cuti datangnya daripada perkataan holiday yang mempunyai hubungan tetapi maknanya berbeza bagi negara-negara berbahasa Inggeris. Berdasarkan perkataan holy dan day, cuti pada mulanya bermaksud hari-hari keagamaan yang istimewa. Perkataan itu sekarang sudah berubah dalam penggunaan perkataannya untuk memaksudkan ia adalah apa-apa hari yang istimewa.
Dalam kebanyakan dunia penutur Inggeris hari cuti juga merupakan tempoh diluangkan jauh dari rumah atau perniagaan dengan mengembara atau rehlah (contohnya. "Saya akan pergi ke Malta minggu hadapan"), Amerika Utara sama seperti "bercuti". Bagaimanapun sesetengah orang Kanada (terutama keturunan Inggeris dan Irish) menggunakan kedua istilah cuti (vacation) dan kelepasan (holiday) sama erti apabila merujuk kepada percutian atau masa luar kerja.
Di Kanada dan Amerika Syarikat, hari kelepasan - (Holiday) adalah hari yang ditetapkan sebagai negara atau budaya. Cuti juga boleh dikatakan sebagai hari istimewa dimana sekolah dan/atau pejabat ditutup, seperti hari buruh.
Cuti Umum atau Cuti Awam adalah cuti yang diiktiraf oleh sesuatu negeri. Cuti-cuti umum boleh jadi cuti keagamaan, dalam kes tertentu mencerminkan agama yang utama di sebuah negara, atau sekular, dalam kes tertentu biasanya berbentuk politik atau sejarah. "Cuti Umum" (Public Holiday) adalah terma yang digunakan di Australia dan "Cuti Perbankan" (Bank Holiday) di UK — walaupun sesetengah industri di UK bekerja pada hari Cuti Perbankan — sementara "Cuti Awam" adalah terma yang paling kerap digunakan di Amerika Syarikat walaupun "Cuti Perbankan" diketahui oleh kebanyakan mereka merujuk kepada fenomena yang sama.
Terdapat banyak protes di Perancis, apabila kerajaan Perancis mengeluarkan cuti umum di dalam bulan Mei kerana banyak kematian yang diakibatkan oleh gelombang haba pada hari tersebut dua tahun sebelum itu. Kebanyakan orang mengambil sikap tinggal di rumah.[perlu rujukan]
Cuti-cuti berturutan ialah merujuk kepada sederetan cuti tanpa terdapat sebarang hari bekerja di antara hari-hari cuti tersebut. Cuti sebegini boleh dianggap sebagai peluang yang baik untuk membuat perjalanan singkat. Pada lewat 90-an, Kerajaan Jepun meluluskan rang undang-undang yang meningkatkan kebarangkalian cuti berturutan dengan memindahkan cuti-cuti dari hari yang telah ditetapkan ke bandingan (relatif) kedudukan cuti di dalam sebulan seperti Isnin yang kedua. Cuti-cuti berturutan yang paling terkenal termasuk:
Menurut aturan Roda Tahun :
Katolik meraikan fiestas patronales pada tempat dimana Hari Santo diraikan berdasarkan Kalendar Santo.
Templat:Cookbookpar
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.