Hari Putih (Korea: 화이트데이 hwaiteudei, Jepun: ホワイトデー Howaito Dē) merupakan suatu hari yang diraikan di negara Jepun dan Korea Selatan pada 14 Mac setiap tahun iaitu sebulan selepas Hari Valentine. Perayaan ini dikatakan berasal dari Jepun dan ia bukanlah tradisi dari negara Barat.

Fakta Segera Observed by, Liturgical color ...
Hari Putih
Thumb
Kek Hari Putih
Observed byJepun, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Vietnam,[1]Singapura, Thailand, Myanmar, Cambodia, Malaysia dan China
Liturgical colorPutih
DateMac 14
FrequencyTahun
Related toHari Valentine
Tutup
Fakta Segera Nama Bahasa Cina, Tulisan Cina Tradisional ...
Hari Putih
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional白色情人節
Tulisan Cina Ringkas白色情人节
Burmese name
Burmeseအဖြူနေ့
Vietnamese name
VietnameseValentine Trắng[perlu rujukan]
Korean name
Hangul화이트데이
Japanese name
Katakanaホワイトデー
Tutup

Sambutan

Jepun

Di Jepun, kebiasaanya pada Hari Valentine, kaum wanita akan memberi hadiah coklat (sama ada buatan tangan atau beli di kedai) kepada kaum lelaki sebagai suatu ungkapan cinta dan kasih sayang. Coklat buatan tangan itu lebih disukai oleh si penerima kerana ia tanda bahawa si lelaki itu menerima "satu-satunya" wanitanya. Pada Hari Putih sebaliknya berlaku apabila si lelaki yang menerima coklat itu sama ada honmei-choco (本命チョコ?, "coklat cinta") atau giri-choco (義理チョコ?, "coklat ihsan") ketika Hari Valentine perlu membalas hadiah tersebut yang kebiasaanya lebih mahal dari pemberian si wanita. Secara tradisionalnya, hadiah yang diberikan ketika hari tersebut ialah biskut, barang kemas, coklat putih, pakaian dalam berwarna putih dan marshmallow.[2] Kadangkala, istilah sanbai gaeshi (三倍返し?, secara harfiahnya, "tiga kali ganda pulangan") digunakan untuk menggambarkan bahawa hadiah pulangan tersebut hendaklah dua hingga tiga kali ganda lebih mahal daripada hadiah pemberian pada Hari Valentine.[3]

Korea Selatan

Hari Putih juga diamalkan di negara ini. Di sana, si lelaki yang telah menerima hadiah coklat daripada si wanita pada Hari Valentine hendaklah membalas hadiah itu, kebiasaanya ialah gula-gula bukan coklat. Pada hari ke-14 bulan seterusnya iaitu Hari Hitam, ia diamalkan oleh seseorang yang masih belum berpacaran.[4]

Lihat juga

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.