Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
21 Februari diisytiharkan sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa oleh UNESCO pada 17 November 1999. Sambutannya juga diiktiraf secara rasmi oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui resolusi yang menjadikan tahun 2008 sebagai Tahun Bahasa Antarabangsa.[1]
Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa berasal dari pengiktirafan antarabangsa kepada Hari Pergerakan Bahasa yang disambut di Bangladesh (dahulunya Pakistan Timur) semenjak tahun 1952, apabila sebilangan penuntut universiti Bangladesh dibunuh oleh polis dan tentera Pakistan di Dhaka ketika menyertai Gerakan Bahasa Bengali.
Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut setiap tahun oleh negara ahli UNESCO di ibu pejabatnya untuk memupuk kepelbagaian bahasa dan budaya dan keanekabahasaan.
Pada 21 Mac 1948, Mohammed Ali Jinnah, Gabenor-Jeneral Pakistan, mengisytiharkan bahasa Urdu sebagai satu-satunya bahasa untuk Pakistan Barat dan Pakistan Timur, sekaligus membangkitkan kemarahan warga Pakistan Timur (kini Bangladesh) yang bertutur bahasa Bengali sebagai bahasa ibunda. Pada 21 Februari 1952, para penuntut universiti di ibu kota Dhaka menyeru mogok besar-besaran di seluruh wilayah. Kerajaan mengenakan perintah berkurung untuk mengelakkan mogok itu maka tunjuk perasaan terbendung kerana terpaksa mematuhi perintah berkurung. Polis Pakistan menembak ke arah para penuntut maskipun membantah secara aman, mengakibatkan beberapa dari mereka terbunuh[2].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.