Hanis Kamal Bakar

From Wikipedia, the free encyclopedia

Muhammad Hanis Kamaruldzaman atau lebih dikenali sebagai Hanis Kamal Bakar (lahir 11 Februari 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau berprolifik sebagai pelakon kanak-kanak pada era 1990-an dan telah membintangi sejumlah filem dan drama sepanjang kerjayanya. Beliau ialah anak kepada pelakon veteran, Allahyarham Kamal Bakar.[1][2]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Hanis Kamal Bakar
Kelahiran
Muhammad Hanis bin Kamaruldzaman

(1989-02-11) 11 Februari 1989 (umur 36)
PendidikanIjazah jurusan Diploma Teater (Pengarahan)
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1994–kini
PasanganDian Zman (k. 2017)
Anak-anak1
IbuSarina Shariff
BapaAllahyarham Kamal Bakar
Tutup

Kerjaya

Hanis Kamal memulakan kerjaya seninya pada usia 5 tahun setelah bapanya, pelakon veteran terkenal, Allahyarham Kamal Bakar (1962-2024) sering membawanya ke lokasi penggambaran,[1][3] sekaligus menerima tawaran berlakon drama pertamanya, Sebening Syawal. Sejak itu, beliau terus bergiat aktif dalam drama dan filem.[2]

Kehidupan peribadi

Hanis Kamal dilahirkan pada 11 Februari 1989 di Hospital Besar Melaka, Melaka dan mempunyai adik-beradik seramai 5 orang yang mana beliau ialah anak sulung. Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Diploma Teater (Pengarahan) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 2007.[2]

Beliau berkahwin dengan Dian Zman pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.[4]

Filemografi

Filem

  1. Senario The Movie Ops Pocot (2011) sebagai Peragut
  2. Gila-Gila Remaja 2 (2013) sebagai Kris

Drama

  1. Sebening Syawal (1995)
  2. Anak Penarik Beca (2005)
  3. 6 Progresif (2011) sebagai Budak Baru
  4. Miang Buluh Keladi Birah (2012)
  5. Seindah Sabarmu (2013) sebagai Adam
  6. Kerambit (2014)
  7. Cikgu (2015)
  8. Street Vendetta (2015) sebagai Furqan
  9. Cinta Lemon Madu (2018) sebagai Fariz
  10. Aurora Aisyah (2019) sebagai Zafran (zaman sekolah)

Telefilem

  1. Momok 3 (2003) sebagai Hanis
  2. Sutun (2005) sebagai Syukri
  3. Denai Berbisik (2010)
  4. Doa Ke Syurga (2010)
  5. Banglo Seksyen 2 (2013)
  6. Disleksia (2014)
  7. Bibah Bling Bling (2014)
  8. Aidil dan Adha (2015)
  9. Derhaka (2016)
  10. Cinta Bantal Busuk (2016)
  11. Aku Mahu Hidup (2017)

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2006 Anugerah Seri Angkasa 2006 Pelakon Pembantu Terbaik Dirinya sendiri Anak Penarik Beca Menang
2010 Anugerah Seri Angkasa 2010 Denai Berbisik Menang
2013 Anugerah Tribute P. Ramlee Miang Buluh Keladi Menang
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.