Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Haliza Misbun (lahir 15 Mei 1972) merupakan pelakon yang berasal dari Malaysia yang menempa nama pada era 1990an. Beliau merupakan pemenang anugerah pelakon terbaik di Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa. Antara drama bersiri popular lakonannya adalah Cinderella (1998), Kiranya Ku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005). Bakat beliau mula dikesan oleh pelakon dan pengarah veteran terkenal Rahim Razali. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular tahun 1998.[1]
Haliza Misbun | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | Matthew John Rodgers (k. 2022) |
Keluarga | Rozana Misbun (adik) Amanda Misbun (adik) |
Nama Haliza Misbun mula mendapat perhatian setelah muncul dalam pementasan teater arahan Rahim Razali yang berjudul Kelas 2020. Sebagai bakat baru, peluangnya untuk berganding bersama Rahim, Ahmad Tarmimi Siregar dan Erma Fatima tidak disiakan. Seterusnya beliau dilamar untuk menyertai siri TV Naik Tangga Turun Tangga bersama Rubiah Suparman, Hani Mohsin dan Azwan Ali pada tahun 1990 ketika baru berusia 18 tahun. Rahim seterusnya menyunting Haliza untuk membintangi filem arahannya yang berjudul Abang 92. Bakatnya mula disebut-sebut apabila memberi lakonan cemerlang sebagai gadis kampung yang dilacurkan dalam drama Korban pada tahun 1994. Menerusi watak tersebut, beliau dicalonkan untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin.
Setelah drama Korban, nama Haliza Misbun mula diletakkan sebaris dengan pelakon TV wanita popular yang lain. Beliau muncul dalam puluhan drama TV yang mendapat rating yang tinggi. Dua buah drama lakonannya sebagai pelakon penyokong kepada dua primadona filem Melayu iaitu Tumirah (1998) bersama Fauziah Ahmad Daud dan Odisi (1998) bersama Erma Fatima menaikkan lagi nama beliau apabila memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin edisi 1998 dan 1999 secara berturut-turut. Popularitinya mencapai kemuncak apabila muncul dalam drama bersiri Cinderella terbitan Kuasatek Pictures bersama Ahmad Idham pada tahun 1998. Drama tersebut mendapat rating yang cukup tinggi di TV3 dan menjadi antara drama TV paling malar segar dalam sejarah drama TV Melayu. Pada tahun 1998, Haliza berjaya meraih anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Di layar perak pula nama Haliza tidak begitu disebut-sebut, setelah muncul dalam filem Scoop (1996), Haliza lebih berminat untuk fokus di kaca TV sahaja.
Mencecah usia 30 tahun, Haliza lebih memfokuskan kepada bidang penerbitan menerusi produksinya Halle Pictures. Banyak produksi yang diterbitkannya seperti Roy Rohaya, Kembalikan Amanda dan filem Andartu Terlampau.[2][3][4] Dalam pada itu beliau juga melanjutkan pelajaran dalam bidang guaman di Universiti Islam Antarabangsa. Sejak itu kelibatnya di kaca TV menjadi agak eksklusif kerana tidak lagi kerap seperti di era 1990an. Biarpun begitu, sesekali muncul lakonan Haliza tetap mendapat pujian pengkritik. Buktinya, selain drama Korban, beliau mendapat tiga lagi pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Villa Murni (2001), Lebih Bisa Dari Jelatang (2006) dan Kembalikan Amanda (2008). Pada tahun 2005 beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin Angkasa menerusi drama arahan Erma yang berjudul Sumaiyah.[5]
Haliza merupakan kakak ipar kepada pelakon dan rocker terkenal Awie setelah superstar itu mengahwini adiknya Rozana Misbun. Seorang lagi adik Haliza iaitu Amanda Misbun juga bergelar pelakon. Dalam usia meniti 40an, Haliza masih belum bertemu jodoh.[6][7]
Beliau sering digosipkan bersama pelakon lelaki yang berlakon bersamanya. Ketika muncul dalam drama Cinderella, ramai yang memperkatakan hubungan mesranya bersama pasangan lakonnya Ahmad Idham kerana adegan cumburayu yang disifatkan "terlebih". Haliza juga pernah bermain tarik tali dengan media apabila beliau dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Indonesia, Ari Wibowo pada tahun 2003. Setelah Ari menikahi wanita senegara, Haliza dilihat senang berdampingan dengan lelaki asing.[8]
Beliau mengarang novel pertamanya bertajuk Cinta Rimau yang diterbitkan pada September 2013.[9][10]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1992 | Abang 92 | Adibah | Filem pertama |
1996 | Scoop | Tania Aziz | |
2010 | Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! | Nik Melati Sukma | |
2017 | Pencuri Hati Mr. Cinderella | Nurul | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1993 | Korban | |||
1995 | Mendepang Arus | |||
1997 | Tumirah | |||
1998 | Cinderella | Nurul | TV3 | |
Odisi | ||||
2000 | Villa Murni | |||
2001 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu | Dirinya sendiri | TV3 | Episod: "Bakat" |
Kiranya Ku Tahu | Suraya | |||
2003 | Gerak Khas (Musim 3) | Inspektor Jeslina | TV2 | |
2004 | Masih Ada Cinta | Farah | TV3 | |
2005 | Sumayyah | |||
2006 | Lebih Bisa Dari Jelatang | |||
2008 | Obsesi | Dr. Suriani | TV3 | |
2017 | Semusim Rindu | Datin Nasriah | Astro Prima | |
Meh Sandar Lagi | Syarifah Aleya | TV3 | ||
My Sweet Lavender | Kalsom | TV9 | ||
Selamat Malam Tan Sri | Datin Suhaila | TV2 | ||
2018 | Papa Nak Menantu | Isteri Pak Saad | TV3 | |
Kelip-kelip Di Kota London | Datin Maream | |||
2019 | Sara Sajeeda | Jasmin | TV3 | |
2021 | Di Sebalik Kasyaf | Falqa | ||
2022 | Juliet | Mina | TV1 | |
2023 | Pemburu Rahsia | Suraya | TV3 | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.