HMS Hood (nombor pennant 51) merupakan sebuah penjajap tempur milik Tentera Laut Diraja Britain, dan dianggap sebagai kebanggaan bagi Tentera Laut Diraja semasa tempoh di antara perang dan semasa awal Perang Dunia II. Hood telah berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja selama dua dekad sebelum tenggelam semasa bertempur dengan kapal perang Jerman, Bismarck di Pertempuran Selat Denmark pada 24 Mei 1941.[2][3][4]
Foto HMS Hood yang diambil pada tahun 1932 | |
Sejarah | |
---|---|
United Kingdom | |
Dipesan: | 7 April 1916 |
Pembina: | John Brown & Company |
Dibaringkan: | 1 September 1916 |
Dilancarkan: | 22 Ogos 1918 |
Ditauliah: | 15 Maei1920 |
Dalam perkhidmatan: | 1920–1941 |
Takdir: | Karam dalam pertempuran dengan Bismarck di dalam Pertempuran Selat Denmark pada 24 Mei 1941 di 63°22′N 32°00′W[1] |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Penjajap tempur Kelas Admiral |
Sesaran: | 1918: 45,200 long ton (45,900 t) muatan penuh; 1940: 48,360 long ton (49,140 t) muatan penuh |
Panjang: | 860 ka 7 in (262.31 m) |
Lunas: | 104 ka 2 in (31.75 m) |
Draught: | 33 ka 1 in (10.08 m) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Jarak: |
|
Anak kapal: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Nota: | Lencana: A crow bearing an anchor facing left over the date 1859Moto:Ventis Secundis (Latin: "With Favourable Winds")nombor Pennant: 51 |
Hood merupakan salah sebuah daripada empat buah penjajap tempur Kelas Admiral yang dipesan pada pertengahan tahun-1916 di bawah Program Kecemasan Perang. Meskipun rekabentuknya diubah secara drastik selepas Pertempuran Jutland, ia kemudian disedari bahawa terdapat tiga kekangan serius walaupun selepas rekabentuknya diubah; di atas alasan ini, dan disebabkan bukti bahawa penjajap tempur Jerman yang akan diperanginya tidak akan disiapkan, kerja-kerja pada kapal-kapal seterusnya telah digantung sehingga tahun 1917. Oleh itu, Hood merupakan penjajap tempur terakhir Britain yang telah dibina. Hood dinamakan sempena Laksamana Samuel Hood, seorang laksamana pada kurun ke-18.
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.