From Wikipedia, the free encyclopedia
Antara Muka Multimedia Definisi Tinggi (bahasa Inggeris: High-Definition Multimedia Interface , HDMI) ialah antaramuka penyambung audio/video boleh dilesenkan untuk memancarkan strim digital yang disulitkan dan tidak dimampatkan. HDMI menyambungkan sumber-sumber audio/video digital yang menguatkuasakan DRM, seperti set-top box, pemain cakera Blu-ray komputer peribadi, konsol permainan video, atau penerima AV, kepada peranti audio digital dan/atau pengawas video yang serasi, seperti televisyen digital (DTV). HDMI muncul pada tahun 2006 dalam kamera video HDTV prosumer dan kamera pegun digital yang canggih.[4][5]
Jenis | Penyambung audio/video/data digital | ||
---|---|---|---|
Pereka bentuk |
HDMI Founders (7 syarikat)
Forum HDMI (77 syarikat)
| ||
Direka bentuk pada | Disember 2002 | ||
Pekilang | HDMI adopters (over 1,600 companies) | ||
Digantikan pada | DVI, VGA | ||
Lebar | 13.9 mm (jenis A), 10.42 mm (jenis C), 6.4 mm (jenis D) | ||
Tinggi | 4.45 mm (jenis A), 2.42 mm (jenis C), 2.8 mm (jenis D) | ||
Hot plug | Yes | ||
Luaran | Yes | ||
Isyarat audio | LPCM, Dolby Digital, DTS, DVD-Audio, Dolby Digital Plus, Dolby TrueHD, DTS-HD High Resolution Audio, DTS-HD Master Audio, MPCM, DSD, DST, Dolby Atmos, DTS:X | ||
Isyarat video | Resolusi maksimum dihadkan oleh lebar jalur yang tersedia | ||
Pin | Jenis A, C, & D (19), Jenis B (29) | ||
Isyarat data | Ya | ||
Kadar bit | Sehingga 48 Gbit/s dalam HDMI 2.1 | ||
Protokol | TMDS | ||
Penyangga HDMI jenis A (betina) | |||
Pin 1 | TMDS Data2+ | ||
Pin 2 | TMDS Data2 Shield | ||
Pin 3 | TMDS Data2− | ||
Pin 4 | TMDS Data1+ | ||
Pin 5 | TMDS Data1 Shield | ||
Pin 6 | TMDS Data1− | ||
Pin 7 | TMDS Data0+ | ||
Pin 8 | TMDS Data0 Shield | ||
Pin 9 | TMDS Data0− | ||
Pin 10 | TMDS Clock+ | ||
Pin 11 | TMDS Clock Shield | ||
Pin 12 | TMDS Clock− | ||
Pin 13 | CEC | ||
Pin 14 |
| ||
Pin 15 | SCL (I²C serial clock for DDC) | ||
Pin 16 | SDA (data I²C bersiri untuk DDC) | ||
Pin 17 | Pembumi (untuk DDC, CEC, ARC, and HEC) | ||
Pin 18 | +5 V (min. 0.055 A)[3] | ||
Pin 19 |
|
HDMI dijadikan alternatif DRM kepada piawaian analog pengguna seperti RF (kabel sepaksi), video komposit, S-Video, SCART, video komponen dan VGA, serta piawaian digital seperti DVI (DVI-D dan DVI-I). Pengedaran HDMI dijangka mengatasi pengedaran Antara Muka Visual Digital (DVI) pada tahun 2008 dengan pacuan oleh pasaran elektronik pengguna (consumer electronics, CE).[6]
HDMI menyokong mana-mana format video TV atau PC, termasuk video standard, dipertingkat, atau definisi tinggi, serta audio digital pelbagai saluran pada sebatang kabel tunggal. HDMI tidak bergantung kepada mana-mana piawaian DTV seperti ATSC, dan DVB (-T,-S,-C), kerana piawaian-piawaian ini merupakan pengkapsulan strim-strim data filem MPEG yang dihantar ke dekoder, lalu dioutputkan sebagai data video yang tidak dimampatkan dalam HDMI. HDMI mengekodkan data video ke dalam TMDS untuk pemancaran secara digital melalui HDMI.
Peranti-peranti berkenaan dibuat agar mematuhi pelbagai versi spesifikasi, yang mana setiap versi diberi nombor seperti 1.0 atau 1.3. Setiap versi spesifikasi yang berikutnya menggunakan kabel-kabel yang sama, tetapi meningkatkan daya pemprosesan dan/atau keupayaan pemancaran melalui kabel. Contohnya, dahulunya, kadar jam piksel maksimum antaramuka ialah 165 MHz, iaitu cukup untuk menyokong 1080p pada 60 Hz atau WUXGA (1920x1200), tetapi HDMI 1.3 meningkatkan kadar itu kepada 340 MHz, maka menyediakan sokongan untuk WQXGA (2560x1600) dan selebihnya merentasi satu pautan digital tunggal. See also: Versi-versi HDMI.
HDMI juga merangkumi sokongan untuk audio digital tidak dimampatkan lapan saluran pada kadar sampel 192 kHz dengan 24 bits/sampel serta mana-mana strim yang dimampatkan seperti Dolby Digital, atau DTS. HDMI menampung sehingga 8 saluran audio satu bit, seperti yang digunakan pada Super Audio CD pada kadar sehingga 4x. Dengan versi 1.3, HDMI kini juga menampung strim dimampatkan lossless seperti Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio.
HDMI serasi ke belakang dengan Antara Muka Visual Digital berpautan tunggal yang membawa video digital (DVI-D atau DVI-I, bukan DVI-A) yang digunakan pada monitor dan kad grafik terkini. Ini bermakna sumber DVI-D boleh memacu monitor HDMI, atau sebaliknya, melalui alat suai atau kabel yanf sesuai, tetapi ciri-ciri audio dan kawalan jauh HDMI tidak disediakan. Tambahan pula, tanpa sokongan untuk Perlindungan Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi (bahasa Inggeris: High-bandwidth Digital Content Protection , HDCP) pada paparan, sumber isyarat boleh menghalang pengguna akhir dari menonton atau merakam kandungan terhad yang tertentu.
Komputer peribadi (PC) yang ada output HDMI perkakasan mungkin memerlukan sokongan perisian dari sistem pengendalian seperti Windows Vista. Kini, Linux menyokong output video melalui keserasian ke belakang dengan DVI.
Di Amerika Syarikat, sokongan HDCP ialah satu ciri-ciri lazim pada TV digital yang sedia dipasang penala digital (ATSC), kecuali set TV digital lebih murah yang langsung tidak disertakan kemudahan HDMI. Dalam industri paparan PC pula, yang mana paparan komputer jarang sedia dipasang penala digital, sokongan HDCP tidak terdapat dalam kebanyakan model. Contohnya, monitor-monitor LCD terawal dengan penyambung HDMI tidak menyokong HDCP, dan tidak banyak juga monitor LCD padat (17" ke bawah) yang menyokong HDCP.
Pengasas-pengasas HDMI termasuk pengeluar elektronik pengguna Hitachi, Matsushita (Panasonic/National/Quasar), Philips, Sony, Thomson (RCA), Toshiba, dan Silicon Image. Digital Content Protection, LLC (anak syarikat Intel) menyediakan HDCP untuk HDMI. Selain itu, HDMI disokong penerbit-penerbit wayang utama seperti Fox, Universal, Warner Bros., dan Disney, serta pengendali-pengendali sistem DirecTV dan EchoStar (Dish Network) dan juga CableLabs dan Samsung.
Peranti-peranti berkenaan dikilangkan untuk mematuhi pelbagai versi spesifikasi, iaitu setiap versi diberi nombor kemaskini. Setiap versi spesifikasi berikutnya menggunakan kabel yang sama, tetapi juga menambah daya pemprosesan dan kemampuan apa-apa yang boleh dipancarkan melalui kabel itu. Keperluan kabel HDMI baru sebenarnya bergantung pada kabel itu sendiri (yang juga disertakan kadaran HDMI). Faktor utama untuk dipertimbangkan ialah sama ada kabel yang sedia ada akan dapat menangani lebar jalur yang semakin besar; misalnya 10.2 Gbit/s yang disertakan dalam versi 1.3. Ujian akur kabel disertakan dalam Spesifikasi Ujian Akur HDMI (lihat TESTID 5-3), dengan huraian "Kategori 1" dan "Kategori 2" dalam Spesifikasi HDMI 1.3a (Seksyen 4.2.6).
Sesuatu produk yang dinyatakan mempunyai suatu versi HDMI tidak semestinya bererti merangkumi segala ciri-ciri yang diterangkan dalam pengelasan versi akan: memang, sesetengah ciri-ciri adalah tidak wajib. Contohnya, bagi HDMI v1.3, sokongan piawaian warna luas xvYCC adalah tidak wajib. Ini bermakna, jika anda membeli sebuah kamera video yang menyokong ruang warna yang luas itu (yang misalnya dijenamakan oleh Sony sebagai "x.v.Color") anda perlu memastikan bahawa paparan berkenaan menyokong kedua-dua HDMI v1.3 dan piawaian warna luas xvYCC.
Dikeluarkan pada Disember 2002.
Dikeluarkan pada Mei 2004.
Dikeluarkan pada Ogos 2005.
Dikeluarkan pada Disember 2005.
Dikeluarkan pada 22 Jun 2006.[7][8]
Dikeluarkan pada 10 November 2006.[11]
Dikeluarkan pada 26 Mac 2007.
Dikeluarkan pada 9 November 2007.
Dikeluarkan pada
Dikeluarkan pada 28 Mei 2009.[13][14]
Versi HDMI | 1.0–1.2a | 1.3 | 1.4 |
---|---|---|---|
Lebar jalur isyarat maksimum (MHz) | 165 | 340 | 340[18] |
Lebar jalur TMDS maksimum (Gbit/s) | 4.95 | 10.2 | 10.2 |
Lebar jalur video maksimum (Gbit/s) | 3.96 | 8.16 | 8.16 |
Lebar jalur audio maksimum (Mbit/s) | 36.86 | 36.86 | 36.86 |
Kedalaman warna maksimum (bit/px) | 24 | 48[A] | 48 |
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 24-bit/px[B] | 1920×1200p60 | 2560×1600p75 | 4096×2160p24 |
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 30-bit/px[C] | — | 2560×1600p60 | 4096×2160p24 |
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 36-bit/px[D] | — | 1920×1200p75 | 4096×2160p24 |
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 48-bit/px[E] | — | 1920×1200p60 | 1920×1200p60 |
Versi HDMI | 1.0 | 1.1 | 1.2 1.2a |
1.3 | 1.3a 1.3b 1.3b1 1.3c |
1.4[19] |
---|---|---|---|---|---|---|
sRGB | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
YCbCr | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
LPCM 8 saluran, 192 kHz, keupayaan audio 24 bit | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
Video dan audio Blu-ray Disc pada leraian sepenuhnya[F] | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
Kawalan Elektronik Pengguna (CEC)[G] | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
Sokongan DVD Audio | Tidak | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
Sokongan Super Audio CD (DSD)[H] | Tidak | Tidak | Ya | Ya | Ya | Ya |
Deep Color | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | Ya | Ya |
xvYCC | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | Ya | Ya |
Auto lip-sync | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | Ya | Ya |
Keupayaan strim bit Dolby TrueHD | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | Ya | Ya |
Keupayaan strim bit DTS-HD Master Audio | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | Ya | Ya |
Updated list of CEC commands[I] | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | Ya |
Saluran Ethernet | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Ya |
Saluran Pulangan Audio | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Ya |
3D melalui HDMI | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Ya |
Sokongan leraian 4k × 2k | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Ya |